in ,

Baru Buka Instagram, Kareena Kapoor Raih 1.5 Juta Pengikut

Aktres popular Bollywood terkenal, Kareena Kapoor akhirnya memiliki akaun Instagram miliknya sendiri.

Perkara itu membuatkan peminat aktres jelita ini berasa teruja untuk sentiasa melihat perkembangan karier dan kehidupannya di laman sosial tersebut. Perkongsian pertama dimuat naik Kareena empat hari lalu adalah sepotong video pendek dari hasil kerjasamanya dengan jenama pakaian sukan Puma.

Selain itu, Kareena juga ada berkongsi foto bersama anaknya, Taimur Ali Khan dua hari lalu. Terbaru, Kareena turut berkongsi foto bersama kakak dan ibunya pada Hari Wanita Sedunia semalam.

Setakat hari ini, bilangan pengikut Kareena telah mencecah 1.5 juta. Antara selebriti yang turut mengikutinya adalah Karisma Kapoor, Hrithik Roshan dan Arjun Kapoor.

Sekadar info, Kareena mendirikan rumah tangga bersama aktor Saif Ali Khan pada tahun 2012.

View this post on Instagram

Wonder women… My life in colour 🦋🦋🦋

A post shared by Kareena Kapoor Khan (@kareenakapoorkhan) on

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Taimur Ali Khan yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Taruhan Pertama Pendatang Baru Nysaa Nazry Menerusi SEKALI INI

Lepas Pecah Rahsia Mengandung, Katy Perry Idam Anak Perempuan