in ,

Lucinta Luna Bangga Dedah 28 Orang Pelakon Pernah Tidur Bersamanya

Penuh dengan kontroversi, Lucinta Luna sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila mendedahkan sebanyak 28 pelakon lelaki pernah tidur bersamanya.

Menerusi sembang santai di YouTube Podcast Pak Gun, Lucinta mengakui dia pernah didatangi oleh beberapa pelakon lelaki dan tidur bersama mereka.

“28 orang pelakon lelaki pernah tidur bersama saya”,

– Lucinta

Akui Bangga Pernah Tidur Bersama

Dedah Lucinta, kenangan tersebut merupakan satu kebanggaan bagi dirinya kerana pernah menjadi kegemaran pelakon-pelakon lelaki tersebut. Kongsinya lagi, dia tidak akan mendedahkan nama-nama tersebut.

Pelakon Lelaki ‘Takut’ Dengan Lucinta Luna

Akui Lucinta, kebanyakan pelakon lelaki yang pernah tidur bersamanya akan melarikan diri apabila bertemu dengannya. Malah dia menjadi hairan kerana pelakon lelaki tersebut berkelakuan sedemikian.

“Sebagai contoh, jika saya bertemu dengan pelakon itu, dia akan melarikan diri. Saya sendiri tidak tahu mengapa dia melarikan diri. Seperti melihat syaitan sahaja”,

– Lucinta

Tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu, Lucinta Luna kini lebih selesa dengan kehidupannya bersama teman lelakinya. Baginya ini adalah pengalaman yang berharga dalam hidupnya.

Untuk video penuh Podcast Pak Gun bersama Lucinta Luna, klik di [SINI].

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dilantik Timbalan Perdana Menteri

Lepas Muhyiddin Lantik Ismail Sabri Jadi TPM, Ini Yang Berlaku Kepada Zahid Hamidi