in ,

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Syamel di Restoran Tony Roma’s

Untuk bulan Oktober ini, Budiey dengan kerjasama Tony Roma’s akan terus menganjurkan peraduan LEPAK & MAKAN bersama selebriti yang bakal diadakan di Restoran Tony Roma’s, cawangan Melawati Mall. Untuk bulan ini, ada tiga orang selebriti akan ditampilkan bersama korang makan-makan! Nah tunggu apa lagi, sertai peraduan mudah ini!

Pada September lalu, Budiey telah berjaya mengadakan pertemuan 10 orang peminat Wak Doyok di LEPAK & MAKAN di Tony Roma’s. Budiey sangat happy sebab segala perancangan berjalan lancar. Walaupun jalan MRR2 sangat sesak di waktu puncak orang tengah balik kerja. Tapi itulah…ketentuan dan pertemuan. Syukurlah segalanya berjalan lancar. Tahniah buat 10 orang pemenang.

Lepak Wak Doyok

Ternyata, acara makan malam yang cukup santai meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir. Selain dapat menikmati hidangan terbaru dari restoran terkemuka ini, semua nampak sangat gembira dapat berbual-bual bersama Wak Doyok.

Untuk pengetahuan pembaca, dalam sebulan, Budiey akan menganjurkan dua sessi makan dan lepak secara santai bersama selebriti. Inilah masanya untuk korang mengenali dan bergambar dengan lebih dekat dengan artis pujaan anda!

Untuk setiap sessi tu, seramai 5 orang Budieyators akan dipilih untuk makan-makan sampai kenyang bersama seorang selebriti. Setiap pemenang dapat bawa seorang teman. Amacam?

Syamel

Okay, untuk makan malam seterusnya, selebriti ke-4 yang Budiey pilih ialah Syamel… Haa, buat korang yang belum mengenali remaja bernama Syamel, beliau mula dikenali selepas bakatnya dicungkil di pentas Akademi Fantasia 2015.

Nama penuhnya, Syamel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih mesra dengan panggilan Syamel kini bukanlah nama asing dalam indsutri muzik tanah air dengan pencapaian tertinggi saat dapat menakluki vokal di pentas Anugerah Juara Lagu.

Malah kemunculannya dalam arena seni tempatan terus diraikan selepas menempa kejayaan demi kejayaan. Setelah mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu pertamanya ‘Hidup Dalam Mati’ di awal kemunculannya dulu, Syamel terus mengorak langkah dengan lagu ‘Lebih Sempurna’ hasil nukilannya sendiri.

Syamel

Tidak cukup dengan itu, Syamel lanjut mencabar dirinya dengan menyertai pertandingan realiti, Duo Star di mana gandingannya bersama Ernie Zakri membuahkan hasil lewat gabungan vokal mantap mereka berdua dalam lagu ‘Aku Cinta.’

Dan selepas melancarkan lagu ‘Biar Cinta’ tahun lalu, kini bintang berbakat besar itu kembali dengan karya terbaru yang berjudul ‘Kau Pun Sama’.

Syamel

Lagu ‘Kau Pun Sama’ juga merupakan sebuah karya yang digarap oleh Syamel sendiri bersama dengan Kidd Santhe, seorang bintang hip hop yang semakin meningkat naik dengan bantuan panduan vokal dari rakan duetnya Ernie Zakri.

Dan berbeza dengan karya-karya Syamel sebelum ini, ‘Kau Pun Sama’ merupakan lagu berentak rancak dan lari dari konsep balada cinta yang sering didendangkan penyanyi itu.

“Lagu itu terhasil apabila idea untuk mengadakan satu lagu yang berentak laju keluar daripada pemikiran saya dan juga pihak pengurusan . Pada saya, kalau lagu balada, lagu itu harus menjadi sebuah lagu balada yang sedap dan berkualiti. Dan andai kata jika inginkan lagu berentak laju, ia harus menjadi sebuah lagu yang berkualiti juga,” – Syamel

Jadi, kepada korang yang menjadi peminat atau pengikut setia Syamel, jangan lupa sertai peraduan ini ya.

Sebenarnya ada dua lagi sesi bulan September akan diadakan bersama selebriti lain pula. Selebriti mana korang nak sangat makan dan ngedate? Citer sikit kat ruangan komen. Follow Instagram @budiey @budieyators

Syamel

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Syamel di Restoran Tony Roma’s

Anda menjadi peminat setia dengan Syamel? Tak pernah jumpa dan makan-makan bersama beliau? Haa, ini adalah peluangnya. Budiey ingin mencari 5 orang peminat tegar penyanyi berbakat besar, SYAMEL untuk Lepak & Makan Bersama di Restoran Tony Roma’s pada 17 Oktober 2018.

Semasa dinner tu, pemenang bertuah berpeluang untuk borak-borak sambil makan kenyang-kenyang, boleh ambik gambar sepuas hati dalam suasana santai yang lebih intimate bersama Syamel.

Korang ingin hadir di acara santai ini sambil menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh Tony Roma’s? Jom sertai peraduan ini. Tak susah pun sebenarnya.

Senang sahaja. Anda hanya perlu rekod video korang menyanyikan lagu terbaru Syamel iaitu KAU PUN SAMA dengan menyatakan caption kenapa anda nak sangat lepak bersantai sambil makan bersama Syamel di Instagram korang! Haa, memandangkan lagu ni rancak, sesiapa yang menyanyi sambil menari seperti Syamel akan mendapat markah bonus!

Jangan lupa tag @budiey @syamel_official @trmalaysia pada posting di Instagram tersebut. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang pass ke acara ini dan anda akan dapat menang 2 pass, haaa bolehlah bawa kawan seorang untuk menemani anda.

Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Ingat hashtag ini: #LepakMakanSyamelTonyRomas #budiey #budieyators #tonyromas

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Buat satu posting dan muatnaik ke Instagram

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan buat satu posting anda dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey @syamel_official @trmalaysia serta hashtag: #LepakMakanSyamelTonyRomas #budiey #budieyators pada posting tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang 2 pass!

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui E-MEL bersama jawapan pada soalan di bawah.

Slogan: Saya mahu makan dan lepak bersama Syamel di Tony Roma’s kerana.… (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Syamel di Restoran Tony Roma’s

Tarikh tutup peraduan:

15 Oktober 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau panggilan telefon.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Tony Roma’s dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan restoran dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Syamel

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem BOHEMIAN RHAPSODY

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN