in , ,

Laluan ke Langkawi Antara Destinasi Baharu Airasia Untuk Memacu Pelancongan Domestik

AirAsia telah memulakan operasi penerbangan ke laluan baharu menghubungkan Kota Bharu, Kelantan ke pulau percutian Langkawi pada hari ini, dengan penerbangan AK6289 tiba di Langkawi tepat pada waktunya dengan 80% jumlah penumpang.

Selain penerbangan ini, AirAsia juga akan memulakan operasi ke tiga laluan baharu pada minggu hadapan, iaitu Pulau Pinang – Kiota Bharu dan Johor Bahru – Kota Bharu pada 22 Disember, dan Ipoh ke Langkawi pada 23 Disember.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial airasia.com berkata, “Usaha pemulihan pelancongan domestik adalah kerjasama daripada semua pemain industri, dan AirAsia komited untuk mengembangkan hubungan domestik dengan tambang rendah dan meningkatkan prosedur kebersihan dan kesihatan yang ketat untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang diyakini oleh semua orang.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang bekerjasama untuk menyambut para tetamu yang menaiki penerbangan sulung kami dari Kota Bharu pada hari ini. Jumlah penumpang kami membuktikan bahawa Langkawi adalah sebuah destinasi percutian yang popular, dan kami berharap dapat menyambut para tetamu di laluan baharu kami yang lain tidak lama lagi.”

Laluan ke Langkawi Antara Destinasi Baharu Airasia Untuk Memacu Pelancongan Domestik

Sementara itu, Dr Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA berkata, “Kami menghargai usaha AirAsia yang menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama dari dua buah bandar di Semenanjung Malaysia. Pembukaan hubungan antara Langkawi dan pasaran pelancongan baharu menjadikan usaha ini sebagai pembuka tirai yang sangat baik untuk tahun 2021.

Beliau menambah, “Pandemik COVID-19 telah memberikan cabaran kepada semua. Kini tiba masanya untuk anda bersantai di Langkawi, destinasi pulau nombor satu di Malaysia. Selain itu, para pelancong juga boleh menikmati Jualan Hebat Langkawi yang menawarkan pelbagai diskaun. Kami berharap semua orang mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan untuk memastikan perjalanan yang selamat.”

AirAsia juga menawarkan tambang rendah bermula RM21* sehala ke laluan baharu dan destinasi domestik yang lain. Tempahn kini boleh dibuat di airasia.com dan super app bermula 21 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021, untuk tempoh penerbangan antara 28 Disember 2020 dan 30 Jun 2021.

Semua tempahan penerbangan yang dibuat sekarang hingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan Tempahan Saya.

Laluan ke Langkawi Antara Destinasi Baharu Airasia Untuk Memacu Pelancongan Domestik

AirAsia juga telah menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas daripada pakar keselamatan industri penerbangan Airlineratings.com, berikutan pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

Seperti yang digariskan di dalam laman web Airlineratings.com, syarikat penerbangan dinilai berdasarkan tujuh kriteria termasuklah maklumat yang menyeluruh mengenai prosedur COVID-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala, peralatan pembersih peribadi dan lain-lain.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).

*Tambang ahli adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan yuran. Tambang bukan ahli bermula RM26.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tiada Niat Untuk Melucah, Shuib Sepahtu Mohon Maaf Adegan ‘Lawak Jijik’

Sakan Cik B Punya Punchline, Fazura Berdekah Sampai Bagi 5 Bintang