in ,

Sakan Cik B Punya Punchline, Fazura Berdekah Sampai Bagi 5 Bintang

Program ‘Muzikal Lawak Superstar’ telah kembali untuk musim yang kedua bermula semalam. Rancangan realiti bertemakan muzikal komedi berkenaan kini tampil dengan wajah-wajah baru seperti Fakhrul UNIC, Syura, Azmi Caliph Buskers, Roy Azman serta peserta termuda iaitu Cik B.

Penampilan sulung Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin di pentas lawak ini membuatkan ramai tertunggu tunggu. Gadis berusia 15 tahun tersebut menyertai kumpulan ABC yang terdiri daripada Chiwan dan juga Achok Chilok. Semalam, mereka bertiga perlu melakonkan sketsa menggunakan loghat Kedah selepas mencabut undi.

Fazura tak berhenti gelak, puji punchline kumpulan ABC semua menjadi

Berkisarkan hidupan berkeluarga, Cik B memegang watak sebagai anak kepada Pak Hamid yang dilakonkan oleh Chiwan. Gadis berkenaan pula diminati seorang jejaka tampan yang dibawakan Achok.

@sukashare03

sape tengok cik b td kat muzikal lawak superstar..selamba je cik b buat lawak.. boleh sebaris jihan ni..😂#cikb #muzikallawaksuperstar

♬ original sound – SukAShAre

Pertemuan semula antara pemuda tersebut dengan pilihan hatinya membuatkan Fazura selaku juri tidak henti-henti ketawa melihat sketsa mereka selain memberikan 5 bintang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju mereka terhibur dengan gelagat Cik B yang dilihat bersahaja. Selain itu, mereka mengakui gadis berkenaan agak berbakat dalam lakonan secara spontan yang dilakukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Laluan ke Langkawi Antara Destinasi Baharu Airasia Untuk Memacu Pelancongan Domestik

Fariz Jabba Suntik Nafas Baru untuk Lagu Klasik Melayu PANDANG KASIH dalam DARI SINI