in ,

Tiada Niat Untuk Melucah, Shuib Sepahtu Mohon Maaf Adegan ‘Lawak Jijik’

Berikutan isu mengenai adegan ‘lawak jijik’ yang dikupas oleh seorang penceramah Akhi Fairuz semalam, pelawak Shuib Sepahtu tampil memohon maaf secara terbuka melalui laman sosial Instagram miliknya.

Bagi menjernihkan suasana, permohonan maaf tersebut telah dimuat naik menerusi sebuah rakaman video berdurasi 55 saat sebentar tadi.

“Saya dengan rendah diri nak mohon maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati, kepada mereka-mereka yang merasakan babak itu tidak patut dilakukan.

“Tapi sebenarnya saya nak bagitahu ikhlas daripada hati saya semasa saya melakukan babak itu saya takde maksud apa-apa.

“Takde nak melucah atau apa-apa, saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Takde niat apa-apa.

“Kalau katalah dengan video tu ada orang terasa hati saya minta maaf banyak-banyak inshaa allah saya takkan buat lagilah benda-benda macam tu,”

– Shuib
Tiada Niat Untuk Melucah, Shuib Sepahtu Mohon Maaf Adegan 'Lawak Jijik'

Menurut pelawak berusia 36 tahun itu, sewaktu melakukan babak tersebut dia tidak berniat untuk melucah tetapi hanya mahu membuat penonton ketawa.

Justeru itu, dia memohon maaf jika ada pihak yang terguris atau terasa hati dengan lakonannya itu dan berkata bahawa dia tidak akan mengulangi perkara itu pada masa akan datang.

Tiada Niat Untuk Melucah, Shuib Sepahtu Mohon Maaf Adegan 'Lawak Jijik'

Terdahulu, penceramah tersebut menegur adegan Shuib yang sedang mengukur kelapa di dalam sebuah rancangan komedi yang diberi nama Sepahtu Reunion.

Adegan tersebut dianggap ‘lucah’ dan ia dikatakan sudah menjadi satu normalisasi dalam kalangan masyarakat dimana isu sebegitu kini dianggap ‘normal’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Pelancong Memilih Penginapan Yang Lebih Mewah untuk Sambut Tahun Baharu

tony fernandes airasia-2020

Laluan ke Langkawi Antara Destinasi Baharu Airasia Untuk Memacu Pelancongan Domestik