in

Lagu & Lirik Terbaru Ramlah Ram Seandainya

Selepas tampil bersama Sleeq dalam lagu Sesaat Kau Datang dan lagu ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat dan pendengar, kali ini, Ramlah Ram tampil dengan lagu terbaru berjudul SEANDAINYA. Dalam lagu berentak balada ini, Ramlah Ram menggunakan vokalnya sehabis yang mungkin. Cuba dengar masa part bridge tu. Terbaek punya tinggi suara Kak Melah.

Cuba dengar lagu ini, apa pendapat anda?

Lirik Lagu Seandainya

Lagu : Seandainya
Penyanyi : Ramlah Ram
Ciptaan : Id Mifzal
Lirik : Zie Sharifuddin
Terbitan : Ramlah Ram Group Entertainment (RRGE)

Hm..Hm..Hm..Hm..
Hm..Hm..Hm..Hm..
(Verse 1)
Seandainya aku tahu
Kau memiliki dia
Takkan mungkin aku
Datang kepadamu
Dan kau pula tidak mahu
Berterus-terang padaku
Sehingga diriku
Terjerat dengan dustamu

(Verse 2)
Kau buat ku terluka
Kau buat ku sengsara
Hingga ku tak mampu
Merasakan kehilangan cinta darimu
Dan kau pula membakarnya
Dengan bara kebohongan mu itu
Hingga aku lemah tidak berdaya

(Chorus 1)
Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu..
Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..

(Repeat Chorus 2)
Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu

(Repeat Chorus 3)
Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu

Kau membuatku menjadi pilihan cintamu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Lagu ini boleh dianggap sebuah lagu yg bakal memberi impak kegemilangan Ketentuan malah boleh pergi lebih jauh lagi. Susunan muziknya begitu teliti Dan mudah diterima. Berani dikatakan ini adalah lagu pertama Ramlah Ram memiliki sesuai dengan kontemporari musik masakini, yang tidak pernah dialami oleh beliau di dalam industri yang diceburi. Dengan background vocal yang melebihi 100% diciptakan kelainan, tidak ada pada lagu2 Ramlah Ram sebelum ini. Setuju? Pendapat ini memang agak subjektif tetapi ia amat diyakini bahawa Seandainya sudah pasti berjaya menambat hati para peminatnya terutama sekali kepada kemunculan peminat Ramlah Ram yang baru menerusi kewujudan Sesaat Kau Datang yang kian meningkat kepopularitiannya di segenap pelusuk media cetak Dan elektronik

  2. Seandainya membuktikan bahawa hasil usaha para peminat Ramlah Ram Group RRG, mampu memberikan output berkualiti yang tersendiri. Tahniah RRG! Kerjasama kumpulan peminat Ramlah Ram ini tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap beliau walau apa pun yang terjadi telah berjaya mengembalikan nostalgia kegemilangan beliau yg tersendiri. Jika diperhatikan secara tidak langsung, siapakah artis-artis di negara kita Malaysia yg mampu memiliki kumpulan peminat seperti RRG ? Sokongan yg tidak berbelah bagi telah banyak dilakukan selari dengan prkembangan isu-isu semasa samada.

    Tahniah Ramlah Ram dan juga RRG! Semoga Seandainya berjaya memberikan yg terbaik terutama sekali kepuasan para pendengar Dan semestinya para peminat tidak sabar-sabar dengan penuh keterujaan menantikan kemunculan album Ramlah Ram di dalam millennia ini. Tahniah sekali lagi!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Baju Shaheizy Sam Untuk Anugerah Bintang Popular 2011

Gambar Adam Dengan Pakaian di ABPBH Tajaan Lords Tailor