in ,

Lagu Kian dari Pelakon Filem Aduh Saliha, Mawi Jadi Novel

Kita pernah dengar filem-filem Melayu diadaptasi ke novel. Berlainan dengan senario di Barat di mana kebanyakan novel yang ditulis oleh penulis terkenal akan difilemkan. Hasil kejayaannya sudah banyak kita lihat. Sebut sahaja The Chronicles of Narnia, Lord of the Rings, The Hobbit, anda namakan sendiri… penulis novel sudah bergelar jutawan. Kalau di Malaysia bagaimana pula senarionya?

Bercakap pasal novel adaptasi, jarang kita dengar novel diadaptasi dari lagu. Oh ya, lagu Aduh Saliha sudah menjadi tajuk filem arahan M. Nasir. Sekarang ini filem Aduh Saliha sedang dalam proses pengambaran. Aura Mawi ni masih hebat lagi rupanya. Jadi, kalau ada aura tu, apa lagi… boleh buat bisnes tu. Ha, macam lagu Mawi, Kian tu katanya sudah dinovelkan oleh penulis Meor Shariman. Bagus gak tu, sekurang-kurangnya peminat boleh membayangkan watak Mawi dalam novel ini. Tapi dalam novel ini, mengapa Mawi bercinta dengan Aida? Kan sesuai kalau watak Aida ditukar kepada Ekin atau… siapa nama kerabat di raja yang bercinta dan syiok kat Mawi tu? Tak nak cakap banyaklah bulan-bulan puasa ni. Korang bacalah sendiri sinopsis Novel Kian ni…

novel mawi

SINOPSIS NOVEL KIAN
Mawi dan Aida, dua remaja yang mempunyai perwatakan berbeza serta mengamalkan corak kehidupan yang berlainan. Kepulangan Mawi dari University of Al Azhar di Cairo membawa seribu harapan dan kebahagiaan buat Imam Suffian, bapa angkatnya. Ia juga satu rahmat buat Zulaikha yang dalam diam menyimpan perasaan kepada abang angkatnya itu. Namun semua itu berubah apabila Aida, gadis bermasalah, dihantar ke kampung di mana Mawi berasal. Pertemuan di kelas fardu ain telah membuat hubungan mereka semakin berkembang. Namun gelora mula tiba dalam hubungan mereka bila Imam Suffian terlibat dalam satu kemalangan. Amanah Imam Suffian telah mengecewakan harapan Aida.

Merasakan dirinya tidak lagi diperlukan dan hanya akan menjadi penghalang antara Mawi dan Zulaikha, Aida akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mawi yang juga menyimpan perasaan terhadap Aida mula terasa serbasalah dan kehilangan.

Apakah Mawi akan mengahwini Zulaikha? Atau adakah Mawi berhijrah je Kuala Lumpur mencari Aida? Teruskan membaca “KIAN” yang akan merungkai persoalan dan memberi jawapan kepada anda.

Itulah sinopsis novel terbitan KRU Communications Sdn Bhd yang diedarkan oleh ALAF 21 Sdn Bhd. Novel “KIAN” ini hasil penulisan saudara Meor Shariman. Ianya dijual pada harga RM15.90 senaskah.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan novel “KIAN” yang sudah berada di pasaran sekarang!

Gambar Mawi di Anugerah Era 07… Pemenang 3 trofi anugerah era yang hensem, bold, botak lagi bersinar bintangnya ini adalah duta pelakon Silky Girl, dan terbaru duta kaca mata… Lepas ni duta apa lagi ya?

Mawi dengan ini mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Sensasi Selebriti. Di bulan yang mulia ini, eloklah kita tinggalkan gossip panas dunia artis… elakkan dari pembaziran, dan kurangkan menganyam ketupat sebab hari raya lama lagi.

[tags]novel kian, pasaran novel malaysia, lirik lagu kian, website mawi, profile mawi, biodata mawi, gambar mawi dan ekin, gambar ekin, profile ekin, foto mawi dan kerabat di raja, gambar mawi di london, gossip mawi, celebrity mawi malaysia, novel hollywood film, mp3 3gp, muatturun lagu raya, download lagu raya, malaysian recipes, resepi bulan puasa, juadah berbuka ramadan, ramadhan waktu berbuka puasa, kurma yusof taiyoob, duta silkygir, embassador, bazar ramadan, buffet ramadan hotel, buffet ramadan senarai hotel murah, adaptation novel, writer, novelist, sinopsis novel kian mawi, kisah remaja, kerana cintaku saerah, gambar pelakon, filem aduh saliha, gambar film aduh saliha, pelakon aduh saliha, cinta aduh saliha[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran gua.com.my – Portal Terbaru Media Prima

Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!