in

Lagu Infinatez Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu & Ratu Hati

BlogInfinatez, bintang yang lahir dari program realiti yang mencungkil bakat nyanyian secara berkumpulan Gangstarz, kini telah melahirkan beberapa buah lagu singles mereka. Ini bermakna tidak lama lagi Infinatez akan melahirkan sebuah album lengkap. Salah seorang ahli kumpulan mereka, Alvin telah menghubungi Budiey dan memberitahu tentang lagu-lagu yang mereka buat khusus untuk mengubat rindu peminat mereka khususnya peminat GangStarz. Antara lagu singles Infinatez yang korang boleh dengar di internet ialah lagu Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu, dan Ratu Hati.

Seperti yang korang sedia maklum, keistimewaan Infinatez ialah mereka bijak mengadun vokal masing-masing untuk bergabung mencipta satu gaya acapella yang tersendiri. Gabungan vokal mereka juga mantap dan muzik untuk lagu Sayang Kinabalu pun best dan hebat. Walaupun kalah dalam Gangstarz, namun Infinatez bisa berdiri dan melakukan sehabis baik untuk memeriahkan ruang dunia muzik tanahair.

Cuma Budiey masih sangsi lagi dengan citarasa orang Malaysia, adakah Infinatez akan secemerlang kumpulan V.E. Aliran muzik di Malaysia tidaklah tenat sebagaimana yang kita sangkakan kerana pada pendapat Budiey, sekiranya mutu dan kualiti diberi keutamaan dalam setiap album, sudah pasti orang Malaysia akan menghargai dengan membeli album yang original. Kalau boleh, setiap lagu dalam album itu adalah killer song, bukan sekadar tempelan dan hanya melepas batuk di tangga. Dengan mengharapkan satu atau dua lagu yang ngetop sahaja, rasanya masih tidak cukup kuat untuk menarik pendengar membeli album. Bagi diorang, sudah cukup mendengar lagu di corong-corong radio sahaja.

Anda semua boleh mendengar lagu singles Infinatez di http://amp.channelv.com/infinatez. Mereka akan mengeluarkan album singles pada bulan Februari 2008. Dengar dan jangan lupa komen tentang lagu Infinatez ya!

Kepada semua ahli Infinatez, selamat maju jaya buat kalian!

[tags]infinatez, lagu baru infinates, alvin, Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu, Ratu Hati, website infinatez, download mp3 songs, new indonesia song, ve, latest album, acapella songs, kelas belajar vocal, ubat resdung, klinik kulit hidung, sinus cure[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Nas-T Pelakon Drama KAMI

Ulasan Filem CJ7 Lakonan Stephen Chow & Xu Jiao