in ,

Lagu Cinta Kasih Nyanyian MIla Jirin & Nubhan Makin Popular

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 12 tengahari tadi, Budiey sempat bertemu dengan Mila Jirin dan Nubhan di Red Box The Gardens untuk merakam video nyanyian mereka untuk lagu terbaru Cinta Kasih. Budiey dapat respon dari pembaca, lagu ini semakin mendapat tempat.

Nampaknya, populariti kedua-dua bintang kelahiran Akademi Fantasia ini semakin melonjak setelah lagu ciptaan Zaidi yang sebelum ini melahirkan lagu Ombak Rindu diterima untuk dijadikan lagu tema sebuah drama 13 episod berjudul Cinta Qaseh di TV3 menerusi Slot Lestary setiap hari Selasa, jam 9 malam.

Lagu ini juga turut menjadi juara carta untuk segmen Hot FM 21 dan Naib Juara Carta Hot FM Zon 30 di setesen radio Hot FM. Lagu ini turut berada di tempat ke 6 dalam carta Top 10 Perlis FM manakala di Tawau FM di tangga ke 8. Lagu yang berirama balada ini juga sudah mendapat rotasi tinggi di radio Suria FM selain dimainkan di 26 stesen radio swasta, RTM dan radio online seluruh dunia.

Nubhan dan Mila kini sedang sibuk dalam rangka promosi lagu Cinta Kasih dan semestinya lagu ini akan menjadi hit bersama-sama drama Cinta Qaseh.

Nubhan & Mila

Nubhan & Mila

Nubhan & Mila

Nubhan & Mila

Nubhan & Mila

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Imagine Dragons Universal Music Malaysia

Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box