in , ,

Tahniah! Lagu Ayda Jebat TEMBERANG Trending di Youtube

Tahniah buat Ayda Jebat. Biarpun telah seminggu dilancarkan di YouTube, klip video terbaharu berjudul TEMBERANG masih lagi menduduki tangga pertama carta sohor kini YouTube Malaysia.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 26, berkata, dia kehilangan kata-kata apabila memyaksikan klip video tersebut masih menjadi pilihan tontonan digital khalayak.

Sekitar tiga hari dilancarkan, klip video tersebut terus menduduki tangga pertama carta sohor kini di YouTube, menyingkirkan klip video Atiqah Songket milk penyanyi Kanda Khairul.

Ayda Jebat Temberang
Antara busana yang digayakan oleh Ayda Jebat dalam MV Temberang

“Saya sendiri tidak sangka sambutan yang diterima sangat positif dan orang ramai memberi maklum balas yang sangat baik selepas mendengar lagu Temberang dan menonton klip video tersebut.

“Saya sangat bersyukur dan berharap ini bakal menjadi permulaan yang baik untuk membuka 2019,”

“Respon yang baik ini akan saya gunakan sebagai penguat semangat untuk menghasilkan produk berkualiti demi semua peminat, terutamanya AJScreamer,” 

– Ayda Jebat

Klip video Temberang dilancarkan di saluran YouTube milik Ayda pada pukul 9 malam, 21 Disember lalu.

Video klip ini telah mendapat bilangan penonton Youtube lebih 3 juta tontonan.

Mengulas mengenai perancangan tahun baru, pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu mahu memberik fokus terhadap penghasilan produk seni berkualiti.

“Peminat merupakan keutamaan saya, jadi saya akan memberikan usaha 100 peratus dalam menghasilkan produk berkualiti agar peminat berpuas hati.

“Selain bidang lakonan dan nyanyian, saya juga akan memberikan fokus terhadap perniagaan produk penjagaan diri saya yang baru sahaja dimulakan iaitu Sassu,”

– Ayda Jebat

Setakat ini, muzik video Temberang mendapat hampir 2.7 juta tontonan serta hampir 70,000 tanda suka.

“Lagu ini sudah hampir dua tahun disimpan. Saya memang menanti waktu yang sesuai untuk melancarkan Temberang dan memastikan muzik video siap dahulu sebelum single dilancarkan.

“Lagu Temberang menampilkan irama pop yang mengandungi sedikit elemen dangdut dan muzik timur tengah. Saya berharap lagu ini boleh diterima semua penggemar muzik dan mendapat tempat di hati peminat, Insya-Allah,” 

– Ayda Jebat

Muzik video ini turut menampilkan dua orang pelakon kacak, JC Chee dan Sean Lje.

Versi digital lagu Temberang juga sudah dilancarkan secara rasmi menerusi semua pelantar digital bermula 28 Disember lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Black Mirror: Bandersnatch… Pilihlah Dengan Bijak!

Radio RAAGA Perkenal Penyampai Baharu