in

Lagu Awi Rafael Bila Aku Jatuh Cinta

Awi Rafael yang telah dikenali dengan single hit-nya “Pulanglah”, kini muncul lagi dengan single kedua beliau yang bertajuk “Bila Aku Jatuh Cinta”. Single kedua yang bernada romantis kali ini tentunya sesuatu yang dinantikan oleh peminat muzik tanah air yang sentiasa menginginkan kelainan..

Bila Aku Jatuh Cinta

Di bawah label Warner Music Malaysia, Awi Rafael yang telah dikenali dengan hit pertamanya “Pulanglah”, kini muncul dengan single kedua bertajuk “Bila Aku Jatuh Cinta”. Seperti single pertamanya, “Bila Aku Jatuh Cinta” juga adalah hasil ciptaan beliau sendiri, membuktikan kredibiliti yang pelbagai dalam diri beliau yang bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, beliau juga berkaliber dalam penulisan lagu.

Berlainan daripada single pertama beliau yang berentak pop, susunan lagu yang berentak balada kali ini menampilkan Awi Rafael sebagai seorang penyanyi yang versatiliti dalam nyanyian di mana beliau juga mampu menyampaikan lagu balada dengan baik.

“Bila Aku Jatuh Cinta” adalah berkisar tentang seorang pencinta yang tidak tegar untuk kehilangan kekasih hatinya. Segala yang indah dilakukan demi kekasih hatinya dengan keinginan kisah percintaan yang berkekalan hingga ke akhirnya. Suara hati sang pencinta ini disampaikan dalam nada yang sangat romantis dengan alunan suara Awi Rafael yang tentunya akan mencairkan hati para pendengar.

Awi Rafael

Lirik Bila Aku Jatuh Cinta

Bisakah ku tanpamu?
Bilakah ku tanpamu?
Hatiku mulai rapuh, hatiku mulai sedih
Bisakah ku tanpamu?

Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu, akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu, menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah.. hanya untukmu

Relakah ku tanpamu?
Relakah ku tanpamu?

Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu, akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah

Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu, menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah..

Video klip “Bila Aku Jatuh Cinta” ini telah pun siap menjalani sesi penggambaran pada 23 hb June yang lepas. Dengan penampilan istimewa Neelofa sebagai kekasih hati Awi Rafael, video klip ini tentunya dinantikan oleh para peminat Awi Rafael.

Bagi peminat Awi Rafael dan penggemar muzik balada am-nya, jangan lepaskan peluang anda untuk mengabadikan lagu ini! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*212800# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *118*116348# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.channelx.com.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0117604 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*288573# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Westlife Live in KL

RTM Sedia 63 Rancangan Khas Menarik Sepanjang Ramadan