in

RTM Sedia 63 Rancangan Khas Menarik Sepanjang Ramadan

RTM SEDIA 63 RANCANGAN KHAS MENARIK SEPANJANG RAMADAN DI TIGA SALURAN TV

Menjelang Ramadan 1432H yang dijangka disambut oleh umat Islam di seluruh negara pada 1 Ogos 2011 ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan 63 rancangan khas menarik khusus sepanjang Ramadan untuk tontonan umum di tiga saluran utama televisyennya iaitu; TV1, TV2 dan TVi (180 Astro).

Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg Dato’ Norhyati Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata daripada 63 rancangan khas sempena Ramadan kali ini, 9 rancangan merupakan tonggak kepada rancangan-rancangan khas berbentuk keagamaan khusus untuk Ramadan meliputi majalah dan dokumentari serta bicarawara yang bakal disiarkan iaitu; 7 rancangan di TV1 dan 1 rancangan masing-masing di TV2 dan TVi (180 Astro).

Telemovie - Cahaya Lailatul Qadar Dalam Panggung 1 (Siar 27 Ogos 2011)

Katanya bagi rancangan berunsurkan kulinari (masakan) serta penjagaan kesihatan sepanjang Ramadan, RTM menerusi TV1 menyediakan 3 rancangan khas dan 7 rancangan di saluran TV2 yang dikhususkan untuk golongan wanita serta ibu-ibu.

Tidak ketinggalan 2 rancangan khas kanak-kanak bakal mengisi slot di TV1 yang disasarkan kepada kanak-kanak pada hujung minggu dengan pengisian rancangan berbentuk pendidikan serta pengetahuan semasa mengenai keunikkan Ramadan.

Menurut Dato’ Norhyati lagi, RTM yang cukup terkenal dengan penayangan drama dan telemovie terbaik turut menyediakan 34 rancangan khas telemovie dan 8 rancangan khas drama bersiri sepanjang Ramadan ini khusus untuk tontonan semua peringkat umur.

Daripada 34 rancangan khas telemovie, 16 rancangan bakal ditayangkan di TV1 dan 18 rancangan lagi di TV2 manakala daripada 8 rancangan khas drama bersiri; 5 rancangan mengisi slot di TV1, 2 rancangan di TV2 dan satu di saluran TVi (180 Astro).

Kebanyakan rancangan yang disiarkan adalah mengisi slot bermula 31 Julai sehingga 26 Ogos 2011 sebelum jadual siaran di ketiga-tiga saluran TV berkenaan menayangkan rancangan-rancangan menarik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia serta perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut penghujung Ogos ini.

Madufinl A3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Awi Rafael Bila Aku Jatuh Cinta

Filem Al-Hijab Lakonan Pierre Andre & Nur Fathia