in ,

Noorkhiriah Mohon Peniaga Yang Mahu Buat Review Dengannya Bersikap Jujur

Ketika ini media sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi pilihan peniaga untuk mempromosikan sesuatu produk, termasuk golongan selebriti yang menggunakannya untuk menambahkun pendapatan.

Namun begitu, pelakon Noorkhiriah memberi peringatan supaya para peniaga yang ingin review produk di Instagram miliknya bersikap jujur dan tidak menipu.

noorkhiriah

“Assalamualaikum sebelum akak tidur akak nak gitau sesapa yang nak wat review dengan akak tolonglah jujur… jangan menipu.

“Akak taktau latar belakang korang, akak post apa yang korang bagi. Rupa-rupanya ada scammer. Tolonglah berniaga punya hati dan perut. Akak tak mampu nak cek satu-satu,” luahnya.

Menurut Noorkhiriah, perkara sebegini juga telah menjadi salah satu punca dia sudah kurang membuat produk review.

“Sebab tu akak dah slow buat review. Inilah puncanya… ada yang tak jujur. Tak ke mana dik dengan menipu.. kaya pun kejap,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Noorkhiriah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emma Maembong Muat Naik Video Kali Pertama Suami Dukung Bayi Mereka

Lagi Video Acah Filem JUSTICE LEAGUE Snyder Cut Diperlihatkan