in ,

La Clef Tour Eiffel: Penginapan Mewah Dekat Menara Eiffel Di Paris

Menara Eiffel sememangnya merupakan salah satu mercu tanda negara Perancis yang paling popular di dunia. Malah ia begitu sinonim dengan Paris dan menjadi tumpuan semua yang berkunjung ke sana.

Ain Edruce

Dengan begitu banyak hotel berdekatan dengan menara ikonik ini ada satu jenama hotel mewah yang mungkin lebih menarik untuk didiami. Malah, ia mungkin salah satu jenama penginapan pilihan jika ingin menginap berdekatan menara tersebut.

Terletak di Avenue Kléber, dan dikelilingi pelbagai mercu tanda Paris seperti Menara Eiffel, Gerbang Arc de Triomphe dan juga kawasan Trocadéro – La Clef Tour Eiffel Paris meneyerlah bak permata.

La Clef Tour Eiffel

Menggabungkan senibina Haussmannian gaya post-moden Ricardo Bofill, kediaman ini mempunyai personaliti tersendiri yang agak susah untuk dikategorikan.

La Clef Tour Eiffel

Senireka dalamannya menggabungkan unsur tradisional dan kontemporari dengan sentuhan ‘chic’ Paris yang tidak dapat disangkal lagi.

Untuk memastikan keselesaan para tamu dalam suasana yang mewah, La Clef Tour Eiffel Paris menawarkan perkhidmatan hammam dan urut khas serta sajian terhebat di restoran berbintang Michelin yang memastikan pengalaman ala Paris sepenuhnya.

La Clef Tour Eiffel

Penginapan ini sangat eksklusif dan mempunyai bilik-bilik mewah serta beberapa unit studio serta pangsapuri, yang telah direka berdasarkan gaya senibina kontemporari dan sedikit sentuhan Perancis klasik.

Suite-suite serta bilik-bilik ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini yang canggih serta moden. Selain bilik-bilik serta suite mewah di sini, ia juga mempunyai ruang senaman khas di dalam bangunan.

Bilik mandi setiap bilik pula menggunakan jenama produk mewah L’Occitane yang diberikan secara percuma!Bab menjamu selera pula, orang Perancis memang terkenal dengan makanan terbaik dunia, dan ruang sarapan mereka hanya menyajikan yang terbaik buat tamu yang datang.

La Clef Tour Eiffel

Berhiaskan senibina kota Paris yang gah dan klasik serta perkhidmatan bertaraf dunia, tidak syak lagi bahawa La Clef Tour Eiffel memang sebuah destinasi percutian yang sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran serta jiwa di tengah bandaraya Eropah sambil menikmati kemewahan Menara Eiffel yang terkenal di mata dunia.

oleh Shah Shamshiri

La Clef Tour Eiffel
La Clef Tour Eiffel

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato' Seri Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Terima 11 Platinum untuk Anta Permana & Legend Award

Nora Danish

Nora Danish Tarik Diri Dari Perniagaan Kosmetik Ohmostwanted