in , ,

Kylie Jenner Sumbang RM4.3 Juta Untuk Pembelian Topeng & Pelindung Muka

Bintang siri realiti Keeping Up With The Kardashians yang juga pengasas Kylie Cosmetics, Kylie Jenner,23, dilapor telah menyumbangkan wang berjumlah RM4.3 juta (AS$ 1 juta) untuk membeli kelengkapan topeng dan pelindung muka untuk petugas perubatan di kesemua hospital di California, Amerika Syarikat (AS) bagi membendung penularan wabak Coronavirus (Covid-19).

Kylie Jenner

Perkara itu didedahkan oleh seorang doktor, Dr Thais Aliabadi dari Pusat Perubatan Sinai Cedars yang juga merupakan doktor yang menyambut kelahiran anak Kylie, Stormi dua tahun lalu.

“Terima kasih Kylie, anda merupakan hero saya. Dengan sumbangan yang anda berikan ini, tentunya dapat menyelamatkan banyak nyawa di luar sana, terima kasih Kylie,” tulis doktor tersebut di Instagramnya.

Kylie kemudian membalas, “Terima kasih di atas khidmat tidak berbelah bahagi anda, anda adalah bidadari dunia.”

California kini mencatatkan negeri keempat paling tinggi di AS dengan sejumlah 2,100 kes positif Covid-19 dengan 40 kematian direkodkan sehingga kini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tukang Tilik Nasib Meramalkan Jodoh Bunga Citra Lestari & Ariel Noah

Isu Artis Mohon Bantuan Kerajaan, Nama Siti Sarah Turut Terpalit