in , ,

Isu Artis Mohon Bantuan Kerajaan, Nama Siti Sarah Turut Terpalit

Baru-baru ini, ada yang membincangkan mengenai golongan artis yang berharap agar kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus berikutan wabak Covid-19 yang melanda.

Selain beberapa sektor lain yang terkesan gara-gara wabak tersebut, ia turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan. Bagaimanapun, isu terbabit mendapat reaksi bercampur-campur netizen. Siti Sarah misalnya turut menerima tempias apabila suaminya, pelawak dan penyampai radio, Shuib memberikan komen mengenai isu itu.

Siti Sarah

Lalu, penyanyi lagu Semakin ini meluahkan rasa kesal dan sedih atas situasi yang berlaku.

“Ya Allah, kami ini insan kerdil hamba-Mu. Segala yang dimiliki kami juga datangnya dari Mu.

“Maafkan kami, kalau salah pada nada bicara, kami takde niat lain hanya berharap yang baik-baik buat semua.

Di saat sukar ini semua pihak memerlukan bantuan, dan Alhamdulillah dengan khabar gembira daripada kerajaan semalam.

“Tidak kira siapapun kita, pasti ada yang terselit mereka yang susah dan perlu dibantu.

“Tidak kiralah siapapun mereka alhamdulillah rahmat dan rezeki Allah, kami dikurnia kelebihan dan dari pihak kami insyallah sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan,”

Siti Sarah

Sarah turut memaklumkan golongan selebriti yang memerlukan bantuan adalah dari mereka yang ada pasang surut dalam meraih pendapatan.

“Artis yang memerlukan bantuan itu bukan semua, maksudnya mereka yang juga sama seperti manusia lain juga ada pasang surut hidup.

“Macamnilah, andai kita ada lebih kita bantulah, Insya-Allah ada hikmah dari Allah.

“Tiada ada istimewanya kami, kita semua sama manusia biasa. Takpe, kita jangan berhenti berdoa.

“Moga cepat habis semua musibah ini. Amin. Doakan kami kuat menghadapi dugaan ini juga,”

Untuk rekod, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Foto: Instagram Siti Sarah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kylie Jenner | 18

Kylie Jenner Sumbang RM4.3 Juta Untuk Pembelian Topeng & Pelindung Muka

Hefny Sahad | 19

Muat Naik Gambar Grafik Masjid & Penularan Covid-19 Cetuskan Kemarahan Warganet