in ,

Kurang Latihan Punca Aqasha Tersingkir dari GEGAR VAGANZA Ke-4

Semalam, Ahad 3 Disember Budiey menghadiri untuk buat liputan di Konsert GEGAR VAGANZA Ke-4 peringkat suku akhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Di mana menyaksikan perjuangan penyanyi Aqasha di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) terhenti apabila diumumkan tersingkir. Pada pertandingan minggu keenam itu, Aqasha atau Firdee Akassya Rosli, 34, mendapat markah terendah daripada juri profesional selepas menyanyikan lagu That’s Why You Go Away nyanyian asal Michael Learns to Rock.

Budiey sempat menemubual Aqasha selepas konsert. Aqasha mengatakan antara sebab persembahan beliau mendapat markah terendah adalah kerana beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih lagu Inggeris itu.

Penyingkiran itu sekaligus melayakkan Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Firman dan Syura ke peringkat separuh akhir.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal tampil sebagai juri jemputan.

Ramli ketika mengulas mengenai persembahan Aqasha kelihatan kecewa dan hanya bertanya apa terjadi padanya.

“Apa sudah jadi dengan anda? Saya tidak boleh cakap apa-apa,” katanya ringkas.

Aqasha terpaksa berpuas hati apabila hanya mendapat markah sebanyak 43.8 peratus. -foto Instagram @gegarvaganzaofficial

GV4 minggu keenam menampilkan tema ‘Jangan Tak Tahu’.

Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, sementara Tajul dan Wany Hasrita tampil sebagai artis jemputan.

GV4 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dalam perkembangan lain, Astro menerusi satu kenyataan memberitahu akan menawarkan pengalaman menonton GV4 peringkat separuh akhir dan akhir GV4 secara langsung dalam sudut tontonan VR360.

VR360 itu membolehkan penonton yang mempunyai gajet menyokong sistem ini merasai pengalaman menonton dengan lebih nyata dan jelas pada setiap situasi di pentas.

Juara Gegar Vaganza musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Kenapa Anda Patut Beli iPhone X

Nyaris Terkucil Suara, Lan Solo Akui Bertarung Dengan Penyakit ‘B’