in

Sebab Kenapa Anda Patut Beli iPhone X

Ramai followers bertanya kat Budiey telefon bimbit manakah yang terhangat dan paling digilai masa kini. Maksud terhangat di sini bermaksud yang tengah ‘in’ di pasaran dan ciri-cirinya sangat canggih.

Korang yang tanya tu mesti tengah berkira-kira nak beli telefon bimbit yang mana satu. Atau berniat nak tukar telefon baru, kan? Maklumlah, sekarang ni berlambak telefon bimbit yang canggih. Kadang-kadang tu pening tak tahu mana satu nak pilih.

Tinggal nak pilih yang mahal atau yang murah. Yang mahal tu tak semestinya takde kekurangan. Yang murah tu pulak tak semestinya tak canggih, ye dok?

Jadi kalau bertanya kepada Budiey tentang telefon bimbit mana yang paling berkuasa sekarang ini, Budiey akan jawab iPhone X

iPhone X

Kenapa Budiey sarankan korang patut beli iPhone X… ini jawapannya:

Tengok juga pada bajet korang. Kalau mahu yang mahal, korang boleh iPhone X. Telefon bimbit keluaran Apple ini sangat tepat sekali untuk anda yang bercitarasa tinggi.

Harga iPhone X di Malaysia dikatakan agak mahal juga. Tapi dalam kata mahal tu, ramai pulak yang beli, ye dok. Tak kira la mahal asalkan bergaya.

Di Malaysia, iPhone X dijual pada harga bermula RM5149 (64gb) dan RM5899 (256gb). Ini menjadikan ia sebagai iPhone paling mahal. Dengan nilai yang begitu tinggi untuk sebuah telefon, pastinya anda ingin tahu apa kelebihan yang ada pada iPhone X .

1. Paparan Skrin Terbaik

iPhone X merupakan iPhone pertama yang menyokong skrin OLED dan True Tone Display. Anda tidak perlu tahu dengan terperinci makna ‘OLED’ kerana anda boleh lihat perbezaan ketara dengan iPhone sebelum ini. Skrin berteknologi OLED menghasilkan paparan yang lebih tajam, terang, dan berkualiti.

iPhone X

Apple kebiasaanya lambat dalam membangunkan teknologi seperti ini berbanding peranti Android. Tapi percayalah, when Apple does something, they do it right.

2. Ada Face ID

Salah satu dari fungsi utama iPhone X adalah Face ID (sistem imbasan wajah). Memandangkan ia tidak mempunyai butang ‘Home’ Face ID adalah satu-satunya cara untuk nyahkunci peranti. Apple menegaskan ini merupakan sistem selamat berbanding Touch ID (imbasan cap jari).

iPhone X

Berdasarkan maklumbalas dari mereka yang telah memiliki iPhone X, Face ID berfungsi dengan sempurna selain mampu mengecam wajah walaupun dalam suasana gelap.

3. Kamera terbaik yang pernah dihasilkan

Tidak dinafikan kamera iPhone X adalah yang terbaik berbanding generasi sebelum ini. Kamera selfie 7 megapixels terutamanya perlu diberi perhatian. Kamera hadapan memiliki tiga ciri eksklusif iaitu Portrait Mode Selfies, Portait Lighting, dan Animoji.

Kamera hadapan pula disokong 12 megapixels, dwi-kamera, penstabilan imej optikal (OIS) yang terpampas dari gegaran, HDR, dan zoom optikal 2x.

Kedua-dua kamera sama ada depan atau belakang menghasilkan gambar berkualiti setanding kamera jenis DSLR. Selain itu ciri tambahan pada kamera iPhone X adalah Animoji membolehkan pengguna menghasilkan emoji beranimasi mengikut wajah sendiri.

4. Pengecasan tanpa wayar

Sokongan pengecasan tanpa wayar turut terdapat pada iPhone 8 dan 8 Plus. Walaupun sudah sekian lama pengguna Android menggunakan ciri ini, Apple memberikan impak yang lebih besar ke atas teknologi pengecasan tanpa wayar.

iPhone X

Memandangkan iPhone kini telah mula menyokongnya, maka semakin banyaklah lokasi yang menyediakan kemudahan ini selain Starbucks. Malah, menggunakan format pengecasan QI iaitu format sama yang digunakan peranti Android. Ini bermakna port pengecasan yang berada di pasan boleh digunakan pada iPhone.

5. Kerana ia adalah produk Apple

Ramai pengguna merungut akan kewujudan takuk (notch) pada skrin yang yang mengganggu paparan penuh. Saya melihat Apple mempunyai alasan tersendiri mengapa takuk itu dihasilkan.

Kita masih boleh melihat sikap Apple yang enggan dilihat sama seperti peranti Android.

Apple bukan sahaja menjual telefon, tetapi menjual jenama!

iPhone X

Jika orang disebelah anda menggunakan telefon berskrin penuh, mungkin sukar untuk memastikan jenama telefon itu. Tapi jika telefon itu memiliki ruang hitam dan dwi-kamera menegak, sekilas pandang sahaja anda tahu itu adalah iPhone X.

They are not stupid, they thought about this dan tahu peranti berskrin penuh akan menjadi trend dalam beberapa tahun akan datang. Jadi mereka mahu pengguna iPhone X tampil istimewa.

Itulah dia, secara rumusannya, Budiey dapat buat kesimpulan, perkara yang paling mendominasi rekaan iPhone X ialah skrin OLED dengan takuk yang prominen pada bahagian dahi. Skrin 5.8″ OLED ini menyokong resolusi Super Retina dengan sokongan HDR. Seperti pada iPhone 8, skrin ini menyokong sistem kawalan warna True Tone Display yang menurut Apple memastikan paparan warna yang tepat pada skrin sepanjang masa.

Amacam? Ada niat nak beli iPhone X? Kalau ya, buat survey harga iPhone X Malaysia dulu sebelum beli. Haa, fikir-fikirkan dulu ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aishah Mahu Cipta Kelainan Untuk Lagu TERGANTUNG SEPI

Kurang Latihan Punca Aqasha Tersingkir dari GEGAR VAGANZA Ke-4