in

Apa Jadi Selepas Kumpulan Pistol Tersingkir dari Konsert Maharaja Lawak Mega 2017

Penyingkiran kumpulan Pistol pada persembahan minggu lalu seolah-olah dapat dijangka berdasarkan sambutan penonton terhadap persembahan kumpulan tersebut yang agak hambar. Penyingkiran kumpulan Pistol pada minggu lalu memperlihatkan kini tinggal 11 kumpulan lagi yang masih bertahan untuk meneruskan perjuangan ke pentas akhir MLM2017.

Berdasarkan komen-komen yang diberikan oleh juri, secara keseluruhan momentum persembahan lanun-lanun Maharaja Lawak Mega 2017 menunjukkan peningkatan. Kumpulan Shiro mendahului carta dengan mendapat markah tertinggi sebanyak 65.77%. Kumpulan Zero dan Abioso tidak kurang hebatnya apabila mengikut dekat dengan markah terkumpul masing-masing sebanyak 65.17% dan 61.17%. Minggu ini menjanjikan persaingan lebih sengit di antara kesemua 11 kumpulan yang masih lagi bertahan.

Bertemakan ‘Pekerjaan Luar Biasa’ pada minggu kelima ini, adakah peserta akan memberi persembahan yang luar biasa buat peminat? Sama-sama kita nantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Ceburi Minat Sebenar Dalam Telemovie BARU NAK UNTUNG

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura