in

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

J Revolusi, sebuah filem aksi terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions kini melangkah ke dunia perfileman Singapura. Setelah seminggu ditayangkan di Malaysia, J Revolusi kini ditayangkan di Singapura bermula 10 Mac 2017 di dua buah pawagam, iaitu Rex dan Carnival Cinemas.

Sebuah majlis Tayangan Perdana telah diadakan di Rex Cinemas pada hari Ahad lalu, dan dihadiri sejumlah 300 tetamu termasuk 50 pemenang bertuah yang berpeluang untuk beramah mesra bersama tiga bintang utama filem itu, Zul Ariffin, Izara Aishah dan Farid Kamil.

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

J Revolusi merupakan filem ketiga yang diedarkan oleh Primeworks di Singapura dengan kerjasama DLux Entertainment. Tahun lalu, Primeworks telah mengedarkan filem Rock Bro dan Boboiboy The Movie di Singapura.

Filem yang kini sedang rancak ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei ini telah berjaya mengutip RM4.3 juta dengan lebih 300, 000 penonton dalam masa kurang dua minggu tayangannya di seluruh negara.

J Revolusi mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua serangan untuk UTK (Unit Tindakhas) di Malaysia. Oleh kerana Jay dan pasukan operasinya begitu terlatih, digeruni dan mempunyai serangan maut, mereka adalah mimpi ngeri bagi semua pengganas.

Tetapi, apabila kakak Jay, Dian (Nur Fazura), seorang ejen dalam penyamaran, ditangkap oleh pengganas misteri yang telah memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan kakaknya dan membongkar rahsia lelaki yang tidak mengalah untuk menghancurkan Jay itu.

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

Filem J REVOLUSI Menembusi Pasaran Singapura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Jadi Selepas Kumpulan Pistol Tersingkir dari Konsert Maharaja Lawak Mega 2017

Aksi Muay Thai Mawar Rashid Tewaskan Izzue & Taufiq dalam PERANG BIBIR