in ,

Cabaran Ceburi Minat Sebenar Dalam Telemovie BARU NAK UNTUNG

Realitinya kehidupan yang perlu ditempuh anak muda masa kini sememangnya mencabar. Kesedaran harus dicetuskan kepada golongan ini agar lebih peka dan sensitif terhadap peranan mereka dalam mencapai kejayaan dalam hidup seperti yang dicita-citakan dan dimpikan.

Harus diingat, tiada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan yang terhasil daripada jerih perih usaha keringat sendiri pastinya lebih dibanggakan. Namun sokongan daripada golongan yang berpengalaman amat diperlukan.

Mengambil kisah aspek pengajaran moral dalam perkara tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Citra di TV2 berkongsi menyiarkan telemovie bertajuk “Baru Nak Untung” pada 14 Mac ini, pukul 10.00 malam.

BARU NAK UNTUNG

Cabaran Ceburi Minat Sebenar Dalam Telemovie “Baru Nak Untung” Di TV2

Dijayakan wataknya oleh pelakon Kazar Saisi, Raja Ema, Syawal, Arja Lee dan Anas Ridzuan, telemovie komedi ini mengenai anak muda kini yang mengambil mudah tentang masa hadapan mereka dan bergantung kepada ibu bapa bagi keperluan harian. Namun dengan galakan dari ibu bapa dan sokongan kawan, adakah mereka berjaya berdikari?

Kisahnya berkembang dengan watak utama iaitu Atan, Mior dan Leman Afro yang berkawan rapat sejak kecil lagi. Mereka gembira menjalani kehidupan dan melakukan banyak aktiviti bersama malah sanggup menerima baik buruk masing-masing.

Namun malangnya mereka tidak berjaya dalam bidang pekerjaan. Atan dan Afro tiada kerja dan hanya menghabiskan masa mereka dengan duduk bermain muzik tanpa sebarang hala tuju. Begitu juga dengan Mior yang menjadi pengurus sebuah syarikat tetapi telah dipecat.

Mereka bersama-sama menjadi penganggur terhormat dan mengharapkan bantuan kewangan daripada keluarga masing-masing.

Situasi itu merisaukan hati Pak Salim, bapa kepada Atan. Dia mahu melihat anaknya berjaya seperti anak orang lain dan mendapat pekerjaan yang sesuai. Baginya Atan mampu melakukan perkara tersebut.

BARU NAK UNTUNG

Memandangkan tiga orang anak muda itu berminat dalam bidang muzik, Pak Salim mencadangkan agar mereka menjadi buskers atau penyanyi tepi jalan. Sekurang-kurangnya mereka dapat mencari rezeki yang halal dan pada masa sama sekiranya bertuah bakat mereka dapat dilihat oleh individu yang terlibat dalam bidang muzik.

Pada mulanya Atan dan Leman Afro tidak yakin dengan kebolehan mereka. Mereka kurang percaya dengan kebolehan masing-masing. Begitu pun akhirnya Mior berjaya meyakinkan dua orang rakannya dan mereka menubuhkan kumpulan muzik ‘Baru Nak Untung’ atau BNU.

Berkat usaha keras mereka berjaya mengumpul hasil kutipan harian dari menghibur orang awam yang memadai untuk mereka berdikari. Adakah bakat mereka berjaya digilap? Bagaimana masa depan mereka dalam bidang muzik?

BARU NAK UNTUNG

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Anjur 2017 MTV Movie & TV Awards

Apa Jadi Selepas Kumpulan Pistol Tersingkir dari Konsert Maharaja Lawak Mega 2017