in , ,

Kumpul Dana Guna Duit MV KU IKHLASKAN, Ini Pesanan Shahrulezad BUAT DSV 

Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin tampil menitipkan pesanan buat Vida

Ini susulan Vida menyatakan bahawa penghasilan single dan video muzik (MV) LAGU KU IKHLASKAN sebagai usahanya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya di Ipoh, Perak.

Menerusi hantaran di Instagram, Shahrulezad berpesan kepada Vida untuk tidak memperlekehkan agama. Malah, dia turut dan berpendapat kos penghasilan MV yang menelan ratusan ribu itu lebih baik sekiranya disedekahkan kepada pusat tahfiz dan anak yatim.

Kumpul Dana Guna Duit MV KU IKHLASKAN, Ini Pesanan Shahrulezad
Kumpul Dana Guna Duit MV KU IKHLASKAN, Ini Pesanan Shahrulezad

“@datoserivida dengan rendah diri saya merayu. Please jangan tunggang agama kita Dato’ tolonglah. Saya rayu ni.

Duit 400k buat MV tu lagi bagus dato sedekahkan kat tahfiz anak yatim dari buat MV mahal mahal macam tu pastu Dato dengan gula gulakan kami dengan strategi marketing murahan ni.

Dato nak pujuk orang tengok MV Dato tak per. Buat lah. Tapi jangan buat cara lacurkan agama macam ni yer, Please la.”- Shahrulezad

Shahrulezad turut memohon maaf kepada jutawan kosmetik itu kerana terpaksa memberi teguran atas kenyataan DSV yang disifatkan sebagai keterlaluan.

“Sorry la Dato kalau hujung-hujung saya terpaksa tegur jugak coz this is too much laa. Saya jadi triggered. Statement Dato kat Harian Metro ni memang mencabar saya untuk tidak berkata apa.

Maafkan saya kalau kata-kata saya ni mengguris hati Dato dan die hard fan Dato. Saya akan off commenting sebab saya tak nak orang dok bergaduh sesama sendiri kat sini memaki Dato. Memaki saya balik. Peace.”- katanya

Memetik laporan Harian Metro, Vida mendedahkan bahawa penghasilan single dan video muzik (MV) lagu Ku Ikhlaskan adalah sebagai usahanya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya iaitu Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak. 

Selain itu, Vida turut mahu mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pasangan Viral Meor & Fazliana Disandingkan Untuk Kali Kedua

Penggambaran Sekuel Godzilla vs. Kong Bermula Di Australia Pada Tahun Ini