in , ,

Kugiran Masdo Ungguli Carta Spotify Berjaya Pecah Dominasi Siti Nurhaliza

Kumpulan popular, Kugiran Masdo menamatkan dominasi tiga tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila menerima jumpa penstriman paling tinggi di aplikasi Spotify untuk 2023.

Masdo menerima jumlah penstriman 60.3 juta menewaskan penyanyi nombor satu negara itu yang mendapat 54.2 penstriman sepanjang tahun.

Masing-masing berjaya merekodkan 6.3 juta pendengar dengan Siti Nurhaliza merentasi 173 negara menerusi ratusan lagu yang malar segar.

Penyanyi Jerat Percintaan itu sebelum ini kekal jaya dengan rekod jumlah penstriman paling tinggi bagi tahun 2017, 2018, 2020, 2021 dan 2022.

Sementara itu, kedudukan ketiga dirangkul Luqman Podolski, keempat Sufian Suhaimi dan Insomniacks di tempat kelima.

Secara global, Masdo berjaya menempatkan diri dalam carta 30 artis menerima jumlah penstriman tertinggi manakala Siti Nurhaliza menduduki tempat ke-50.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BUNGA CITRA LESTARI

BCL Tak Lagi Guna Nama Ashraf Sinclair Dalam Akaun Instagram

Afgan Teruja Hiburkan Peminat di Konsert Orkestra di Dewan Plenary Esok