in , ,

Afgan Teruja Hiburkan Peminat di Konsert Orkestra di Dewan Plenary Esok

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan teruja bakal menjayakan konsert bersama orkestra Malaysia buat kali pertama di negara ini.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza berkata, dia memang meletakkan syarat untuk mendapatkan khidmat orkestra sebagai pemuzik bagi acara persembahan Afgan Live In Concert with Orchestra di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Saya sudah beberapa kali menjayakan konsert di sini dan untuk edisi kali ini, memang saya minta supaya ia membabitkan orkestra sebagai pemuzik saya.

“Lebih istimewa ini juga julung kali saya diiriingi pemuzik dari Malaysia dan saya tidak sabar membuat persembahan,” 

– Afgan

Pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.

“Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka biarpun baru sekali sahaja.

“Walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya, mereka sudah bisa memainkan dengan baik,” 

– Afgan

Afgan kali terakhir membuat persembahan bersama iringan muzik orkestra lapan tahun lalu sewaktu menjayakan konsert bersama Erwin Gutawa.

Pada konsert itu, Afgan bakal membawakan 25 lagu popularnya, termasuk lagu penyanyi tempatan yang masih dirahsiakan.

Bagi edisi kali ini, dia bakal berduet dengan rakan senegaranya, Raisa dengan lagu berjudul Percayalah.

Hampir setiap tahun mengadakan konsert di sini, Afgan memberitahu bahawa dia tidak pernah bosan dengan Malaysia dan berharap peminatnya juga tidak jemu.

Afgan turut meluahkan rasa gembira dan syukur apabila tiket konsertnya kali ini ‘sold out’ seperti konsert terdahulu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kugiran Masdo Ungguli Carta Spotify Berjaya Pecah Dominasi Siti Nurhaliza

RIZMAN RUZAINI

Rizman Ruzaini Dinobat Jenama Fesyen Terbaik di KLFA 2023