in , ,

BCL Tak Lagi Guna Nama Ashraf Sinclair Dalam Akaun Instagram

Menjelang majlis pernikahannya esok, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) menukar nama Instagram (IG) menjadi @itsmebcl.

Sebelum ini, BCL menggunakan @bclsinclair sempena nama suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Ini adalah kali pertama penyanyi Wanita Terbahagia itu menukar nama IG sejak membuka akaun pada September 2011.

“itsmebcl menukar namanya 1 kali,” tulis keterangan yang boleh dilihat pada akaun pelakon jelita itu.

Terdahulu BCL, 40, memilih tarikh 2 Disember (esok) untuk disatukan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Sumber terdekat bintang jelita itu mengesahkan kepada BH Online majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.

Sebuah portal berita Indonesia turut melaporkan keluarga Allahyarham Ashraf terutama ibunya, Dida Sinclair sudah memberi restu jika BCL ingin berumah tangga semula.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lima Fakta Yang Tidak Diketahui Tentang BUDAK FLAT di Prime Video

Kugiran Masdo Ungguli Carta Spotify Berjaya Pecah Dominasi Siti Nurhaliza