in

Konsert 1Momment4Them 2.0 Lima Penyanyi Kumpul Dana Bantu Rakyat Syria

Lima artis tanah air bergabung tenaga secara sukarela dalam konsert amal bagi mengumpul dana membantu rakyat Syria dan Jordan di kem-kem pelarian.

Konsert ‘1Momment4Them 2.0’ itu akan menampilkan Noh Hujan, Mizz Nina, Faizal Tahir, Aizat Amdan dan Mu’adz Dzulkefly bagi mengadakan persembahan di Pusat Konvensyen Al-Azhar, Mesir pada 29 April.

Konsert 1Momment4Them 2.0

Lima Artis Jayakan Konsert ‘1moment4them 2.0’ Kutip Dana Untuk Pelarian Syria

[dropcap]K[/dropcap]onsert itu merupakan satu usaha sukarela secara kolektif yang dilakukan para belia dan pelajar universiti dan bergabung tenaga dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengumpul dana bagi pelarian Syria.

Tahun ini, konsert itu diadakan buat kali ketiga dengan kali pertama diadakan di Universiti Yarmouk, Jordan dan yang kedua di Universiti Islam Antarabangsa di sini, diadakan tahun lepas.

Menurut pengasas konsert itu, Nur Fatiha Shuib yang juga pengasas dan pengurus projek ‘Fatiha Shuib and Friends’, tujuan untuk memulakan projek itu adalah untuk memberi inspirasi dan membangkitkan semangat melakukan perkara-perkara baik secara sukarela kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.

Nur Fatiha berkata, visi beliau sentiasa untuk memperkasakan kemahiran pendidikan dan kehidupan untuk kanak-kanak Syria dengan harapan mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk meneruskan kehidupan mereka.

“Semua kutipan akan disalurkan bagi membantu rakyat Syria yang malang untuk keperluan asas kehidupan mereka dan sebahagian daripada wang itu akan digunakan bagi menyediakan dan membiayai bahan-bahan sekolah dan bantuan persekolahan anak-anak rakyat Syria.”

Sementara itu, Faizal Tahir yang sebelum ini terlibat dengan konsert tahun lepas, berkongsi pengalamannya semasa melawat kem-kem pelarian.

Katanya selepas menyertai projek itu, dia kemudian sedar bahawa terdapat satu tujuan beliau untuk terus terlibat dengan projek membantu orang-orang yang amat memerlukan.

“Bila kita membantu orang lain sebenarnya kita sendiri sedang dibantu oleh Allah swt,” katanya.

Kepada mereka yang ingin menyumbang boleh boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB BANK: 8602258019 (Fatihah Shuib And Friends).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri GOLDEN TURBULENCE & LOVE ME TENDER di TV2

Trailer Baru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR Menampilkan Watak Spider-Man