in ,

Trailer Baru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR Menampilkan Watak Spider-Man

Seperti yang Budiey perkatakan semalam di post entri sebelum ini, watak superhero kegemaran ramai akhirnya tertampal, tertempek, terberada di dalam trailer terbaharu filem yang dinantikan iaitu CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR. Ini adalah kali pertama watak Spider-Man diuji untuk bersatu dengan geng Captain Amerika. Dapatkan Spider-Man membantu menentang kejahatan? Sama-sama kita nantikan filem ini yang akan berada di pawagam mulai 6 Julai ini.

Spider-Man Akhirnya Muncul Dalam Trailer Baru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR

[dropcap]W[/dropcap]alaupun masih belum jelas sama ada Peter Parker akan bersama Team Iron Man atau Team Captain America atau hanya sekadar kemunculan ringkas, ternyata ini merupakan langkah pemasaran strategik untuk menangkis publisiti hebat Batman v Superman: Dawn of Justice oleh DC Comics/Warner Bros.

Khabar angin atau tidak, adalah bukan lagi rahsia bagi kita semua yang sememangnya tidak sabar untuk menantikan antara watak terutama sekali dalam Marvel Comics ini membuat penampilan sulung bersama teman-teman Avengers dalam Marvel Cinematic Universe terutamanya dalam filem ini.

Sebelum ini, Spider-Man adalah hakmilik terbitan dan edaran Sony/Columbia Pictures sebanyak lima filem (2002-2014) dan tidak dapat dikronologikan dengan filem-filem Marvel Cinematic Universe yang lain.

Namun pada tahun lalu, Disney telah membuat perjanjian dengan studio produksi tersebut yang mana Spider-Man boleh kembali semula di bawah bumbung Disney/Marvel Studios dan juga akan muncul dalam filem sulungnya di sini pada 6 Julai, 2017.

Spider-Man Muncul Dalam Trailer Baru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert 1Momment4Them 2.0 Lima Penyanyi Kumpul Dana Bantu Rakyat Syria

Tu Dia Poster Rasmi Filem INDEPENDENCE DAY RESURGENCE Dah Keluar