in ,

Drama Bersiri GOLDEN TURBULENCE & LOVE ME TENDER di TV2

Bukan sahaja menyediakan program drama bersiri Melayu dan Inggeris terbaik untuk tontonan seisi keluarga, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak dahulu lagi turut menjanjikan tayangan drama bersiri Cina dan India mengisi slot salurannya dalam memenuhi citarasa penonton.

Terbaharu menerusi saluran TV2, ikuti dua drama bersiri mengisi slot Kristal bertajuk “Golden Turbulence” mulai 16 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.05 petang. Diikuti slot Golden Phoenix yang menayangkan drama bersiri dengan tajuk“Love Me Tender” mulai 17 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi 26 episod siarannya.

Ng Hung Shen watak utama dalam Golden Turbulence

Dua Drama Bersiri Mandarin, “Golden Turbulence” dan “Love Me Tender” Temui Penonton TV2

Drama kekeluargaan “Golden Turbulence” berkongsi kisah empat orang anak muda yang masing-masing mempunyai bidang perniagaan yang berlainan. Kehidupan mereka menjadi lebih rumit dengan campur tangan ahli keluarga dalam perniagaan mereka.

Pastinya 20 episod siri yang dilakokan oleh Ng Hung Shen, Wang Shu Jun, Zeng Wen Wei dan ramai lagi memberikan pengajaran suntikan inspirasi kepada anak muda dalam menentukan masa depan, kerjaya dan keluarga.

Menyusuk kemudiannya kisah yang tidak kurang hebat bertajuk “Love Me Tender” membawakan kisah mengenai tiga adik-beradik bernama Paul, Lucas dan Brandon yang membantu ayah mereka, Datuk Marcus dalam perniagaannya.

Konflik berlaku apabila Datuk Marcus tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung, kehidupan ketiga-tiga adik-beradik ini berubah dengan kemunculan ibu kandung mereka yang sudah lama menghilangkan diri.

Ketiga-tiga beradik ini mula buntu sama ada mahu menerima ibu kandung mereka semula atau meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa tanpa menghiraukan wanita yang telah meninggalkan mereka itu.
Menampilkan pelakon utama Chung Seng Chong dan Ho Chee Kim selain turut dibantu pelakon lain, kisah kekeluargaan ini menghadiahkan penonton momen-momen indah erti kasih sayang sebenar yang perlu dinilai dengan hati bukannya menerusi pandangan mata sahaja.

babak dalam Golden Turbulence

kisah empat anak muda yang akhirnya berjaya dalam Golden Turbulence

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik di Sunway Lagoon Semasa Cuti Sekolah

Konsert 1Momment4Them 2.0 Lima Penyanyi Kumpul Dana Bantu Rakyat Syria