in , ,

Betul Ke Remy Ishak Bercinta Dengan Budi Citawan?

Budiey pun sebenarnya tak sangka apabila membaca berita pasal pelakon Remy Ishak katanya berkawan rapat dengan anak kepada Wan Hanafi Su, bernama Budi Citawan dalam Portal Mstar pada pagi tadi.

Kalau betul mereka berkawan rapat dan jika ada rasa cinta, apa salahnya. Budiey kenal dengan Budi Citawan tu, dia baik dan lemah lembut orangnya. Sesuai dengan Remy. Hehe, gurau-gurau je ye Remy.

Melalui Mstar Online, Remy menjelaskan dia selesa berkawan dengan Budi Citawan yang dikenalinya sejak setahun yang lalu. Menurut Remy, hubungannya dengan Budi Citawan hanya sekadar kawan biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu.

remy-budi

“Saya dengan Budi hanya berkawan sahaja, saya kurang kawan wanita menyebabkan persahabatan kami menjadi sensasi. Keselesaan saya itu disebabkan kami mempunyai minat serupa iaitu keupayaan untuk bercakap tentang seni.”

– Remy Ishak

Remy berkata demikian ketika diminta mengulas gosip hubungan cintanya dengan wanita yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam pada itu, Remy mengakui pernah bertemu dengan keluarga wanita itu bagi meminta kebenaran keluar bersama.

“Saya pernah jumpa ibunya untuk bawa dia keluar, malah pernah juga makan malam bersama. Namun itu perkara biasa kerana kawan perempuan yang lain juga saya akan beritahu keluarga mereka kalau saya ingin membawa mereka keluar.”

– Remy Ishak

Terbaru, Remy Ishak akan muncul dalam drama JIWA berganding dengan Faizal Hussein, Kamal Adli dan Siti Elizad bermula 5 Februari depan di slot Aksi pada setiap Rabu pukul 9 malam di TV3.

remy-ishak-potret

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Teaterikal SUARA KITA Awie Ziana Zain & Erra Fazira

Video Persembahan Salamiah Hassan Dalam Bakat TV