in , ,

Konsert Syamel & Ernie Zakri AKU CINTA di Zepp Kuala Lumpur

Pasangan Selebriti Popular Tanah Air Bersatu Hati Hiburkan Peminat Kesayangan Dalam Sebuah Konsert Istimewa Penuh Apresiasi

Pasangan selebriti popular tanah air paling romantis iaitu Syamel dan Ernie Zakri sepakat bersatu hati untuk menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka dalam sebuah konsert istimewa sebagai tanda apresiasi sepanjang penglibatan dalam industri muzik, dinamakan ‘Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta’ yang direncanakan berlangsung pada 23 Oktober 2022, jam 8:00 malam, bertempat di dewan konsert serba baharu dan moden, Zepp Kuala Lumpur, dan dibawakan oleh label hiburan paling top, Rocketfuel Entertainment.

“Alhamdulillah, ini merupakan impian kami berdua untuk mengadakan konsert bersama sejak sekian lamanya,” kata Syamel yang bakal mengeluarkan album sulung tidak lama lagi. 

Konsert Syamel & Ernie Zakri AKU CINTA di Zepp Kuala Lumpur

Menurut Ernie yang baharu sahaja muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Hal Hebat nyanyian semula bersama band terkenal dari Indonesia, Govinda, “Sebenarnya idea di sebalik konsert duo ini sudah lama diidamkan oleh kami berdua ketika mula-mula muncul dengan single duet pertama iaitu ‘Aku Cinta’.

“Jadi, kami bercadang untuk menamakannya Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta kerana lagu itulah menjadi titik permulaan yang menemukan kami berdua, dan melalui lagu tersebut jugalah kami dikenali sebagai pasangan duet sehingga sekarang.

Selain impian pasangan bahagia ini untuk mengadakan konsert bersama, tujuan utamanya juga adalah sebagai tanda penghargaan terhadap peminat yang setia menyokong perjalanan seni mereka dari awal kemunculan sehingga sekarang.

“Konsert ini adalah apresiasi teristimewa kami khas buat peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat buat kami berdua untuk terus berkarya dan berjuang dalam bidang seni.

“Alhamdulillah, ini merupakan impian kami berdua untuk mengadakan konsert bersama sejak sekian lamanya,” kata Syamel yang bakal mengeluarkan album sulung tidak lama lagi. Menurut Ernie yang baharu sahaja muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Hal Hebat nyanyian semula bersama band terkenal dari Indonesia, Govinda, “Sebenarnya idea di sebalik konsert duo ini sudah lama diidamkan oleh kami berdua ketika mula-mula muncul dengan single duet pertama iaitu ‘Aku Cinta’.

“Jadi, kami bercadang untuk menamakannya Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta kerana lagu itulah menjadi titik permulaan yang menemukan kami berdua, dan melalui lagu tersebut jugalah kami dikenali sebagai pasangan duet sehingga sekarang.

Selain impian pasangan bahagia ini untuk mengadakan konsert bersama, tujuan utamanya juga adalah sebagai tanda penghargaan terhadap peminat yang setia menyokong perjalanan seni mereka dari awal kemunculan sehingga sekarang.

“Konsert ini adalah apresiasi teristimewa kami khas buat peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat buat kami berdua untuk terus berkarya dan berjuang dalam bidang seni.

Konsert Syamel & Ernie Zakri AKU CINTA di Zepp Kuala Lumpur

Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment berkata: “Syamel dan Ernie adalah pasangan duet kesayangan tanah air yang sering mendapat perhatian kerana masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri, dan apabila digabungkan, magis yang terhasil.

“Saya jangkakan kesemua yang bakal hadir akan terhibur dengan persembahan bertenaga dari mereka berdua. Ini juga salah satu langkah yang diambil Rocketfuel dalam membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara secara tidak langsung.

Akhiri Ernie: “Harapan saya hanyalah yang baik-baik sahaja, kerana ini dalah pertama kali kami mengadakan persembahan berskala konsert, semoga ramai yang datang menyaksikan kami dan Insya-Allah kami akan berikan yang terbaik.

Terdapat 5 kategori tiket bermula daripada RM500 (DIAMOND), RM400.00 (PLATINUM), RM300.00 (GOLD), RM250 (SILVER) dan RM200 (BRONZE) akan disediakan kepada peminat pasangan hebat ini. Pembeli tiket DIAMOND bakal mendapat peluang untuk sesi beramah mesra bersama artis dan layak mendapatkan cenderahati eksklusif.

Terdapat jugak lapan kotak VIP bagi mereka yang berminat boleh ke [email protected]. Tiket -tiket akan mula dijual pada 15 Ogos 2022 di platform UBERTICKETS.MY.

Radio No 1 Malaysia, ERA akan menjadi radio rasmi bagi konsert ini. Terdapat 3 pasang tiket akan diberikan kepada pasangan pendengar bertuah melalui peraduan ‘AKU CINTA’ yang akan bermula pada awal bulan Oktober 2022 nanti.

“Akhir kata semoga semua enjoy!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney Kini Berjaya Atasi Netflix Dengan Pelanggan Cecah 221 Juta Orang

Galaxy Watch5 Pro

Samsung Galaxy Watch & Watch 5 Pro Dilancarkan, Harga dari RM1,099