in , ,

Samsung Galaxy Watch & Watch 5 Pro Dilancarkan, Harga dari RM1,099

Samsung Galaxy Watch 5 dan Watch 5 Pro telah dilancarkan secara rasminya menerusi acara Unpacked yang turut memperkenalkan telefon pintar boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4.

Didatangkan dalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm, Samsung Galaxy Watch 5 standard hadir dengan tiga pilihan warna. Kesemuanya diberikan kemasan Armor Aluminium bagi meningkatkan ciri kelasakannya disamping mempunyai tali jam yang asas.

Untuk model Pro pula, jam tangan ini hanya menawarkan saiz 45mm sahaja dengan warna pilihan Black Titanium dan Grey Titanium. Talinya pula didatangkan dalam bentuk D-Buckle bermagnet.

Galaxy Watch5 and Galaxy Watch5 Pro_Key Visual

Kedua-dua model jam tangan pintar Samsung ini tampil dengan pemprosesan Samsung Exynos W920 bersama-sama RAM 1.5GB dan storan dalaman 16GB. Paparannya masing-masing menggunakan Super AMOLED dengan model 40mm Samsung Galaxy Watch5 hadir dengan paparan 1.2-inci 396 x 396. Manakala paparan bagi model 44mm Galaxy Watch 5 dan Pro pula ia memiliki paparan 1.4-inci 450 x 450.

Bateri bagi jam tangan pintar ini pula berkapasiti 284mAh, dan 410mAh untuk masing-masing model standard 40mm dan 44mm. Bagi model Pro pula ia mempunyai bateri berkapasiti 590mAh.

Kesemua mode Samsung Galaxy Watch 5 didatangkan dengan Bioactive Sensor yang menggabungkan sensor nadi optikal dengan penganalisis galangan bioelektrikal (bioelectrical impedance analyser). Lain-lain sensor yang turut dimuatkan ke dalamnya termasuklah accelerometer, barometer, sensor gyro, sensor cahaya dan sensor geomagnetik.

Jam tangan pintar baharu dari Samsung ini juga mempunyai penarafan IP68, MIL-STD-810H dan 5ATM, justeru membolehkan ia digunakan ketika berenang.

Harga dan Promosi Samsung Galaxy Watch 5 dan Galaxy Watch 5 Pro di Malaysia

Samsung Galaxy Watch & Watch 5 Pro Dilancarkan, Harga Bermula dari RM1,099

Samsung Galaxy Watch 5 ditawarkan pada harga dari RM1,099 dengan model Pro berharga RM1,899. Pra-tempahan mula dibuka sejak dari semalam sehingga 1 September ini.

Wearable & hearable (watch 5 & buds 2)_4a

Pra-tempahan boleh dibuat menerusi Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store untuk mendapatkan Galaxy Watch5, dan Galaxy Watch5 Pro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Syamel & Ernie Zakri AKU CINTA di Zepp Kuala Lumpur

DR IDZU BAHARIN

Vokalis Kumpulan Saujana, Dr Idzu Baharin Kembali Dengan Single KU SERAH