in , ,

Konsert Solo Khai Bahar di Dewan Filharmonik Petronas 11 November Ini

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) di Menara Berkembar PETRONAS bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa menampilkan penyanyi bersuara lunak Khai Bahar pada hari Sabtu, 11 November 2023 jam 8.30 malam.

Konsert ini merupakan langkah berterusan DFP menghargai bakat seni tempatan dan memberikan mereka platform untuk mempamerkan bakat mereka, sejajar dengan matlamat DFP untuk memberikan pengalaman muzik merentasi pelbagai genre kepada semua lapisan masyarakat.

Khai Bahar bakal menyertai senarai artis/kumpulan tempatan yang diberi peluang membuat konsert solo di DFP selepas Yuna, Najwa, Aizat, Hafiz, Faizal Tahir, Hujan, Ruffedge, Exists, Kugiran Masdo, Noryn Aziz dan Dayang Nurfaizah, yang telah menyerlahkan bakat seni yang hebat di dewan yang terkenal dengan tahap akustika yang tinggi.

Konsert Solo Khai Bahar di Dewan Filharmonik Petronas 11 November Ini

Pemilik nama sebenar Muhammad Khairul bin Baharudin kelahiran Kangar, Perlis ini mula mencuri perhatian pada tahun 2013 apabila video beliau menyanyikan lagu Di Mana Hatimu dimuatnaik di platform YouTube. Sejurus itu, lagu Ziana Zain nyanyian beliau, Madah Berhelah menjadi tular di media sosial kerana kemampuan beliau mencapai nada tinggi. Ini disusuli dengan lagu Sudah Ku Tahu di aplikasi Smule yang menjadi perhatian ramai di Malaysia dan Indonesia. Digelar ‘King Of Smule’, nama beliau menjadi fenomena hingga dilamar menjadi artis NAR Records pada tahun 2016.    

Lagu perdana beliau, Bayang berjaya meraih jumlah 36 juta tontonan di YouTube diikuti lagu kedua, Luluh yangmencapai 70 juta tontonan di platform yang sama.

Berkebolehan menyanyi dalam genre pop, balada, slow rock, R&B dan irama Melayu asli dengan baik, beliau telah merakamkan lebih 30 buah lagu, 2 album, mencipta 18 buah lagu dan meraih 50 anugerah dalam masa yang singkat. 

Beliau pernah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu 2022 dan 2023 manakala di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular (2017), Penyanyi Lelaki Popular (2017, 2018, 2019 dan 2023) dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (2020 dan 2021).

Untuk konsert sulung beliau di DFP ini, Khai bakal membawakan lagu-lagu hits beliau dan seleksi lagu-lagu yang bakal menjadi kejutan untuk peminat-peminat yang hadir pada malam itu.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Khai Bahar secara eksklusif bersempena ulang tahun ke-25 DFP!

Nota: DFP boleh memuatkan seramai 920orang pada satu masa. DFP bakal mengakhiri keraian ulang tahun ke-25 dengan konsert Meet Uncle Hussain pada 2 Disember 2023. 

Maklumat Konsert 

Tarikh

Sabtu, 11 November 2023 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS

Harga Tiket 

RM189, RM239, RM289, RM319 dan RM399 (Meet & Greet)

Suite: RM189 & RM239

Waktu Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan 

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web DFP: www.dfp.com.my

Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas

YouTube: MPO TV, Spotify: MPO, TikTok: @malaysianphilharmonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Hausboom Music 2023 Pecahkan Rekod Konsert Lokal Terbesar!

AGRINAI

Filem AGRINAI Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto