in , ,

Konsert SEARCH 35 TAHUN Ditunda Ke 30 Ogos 2016

Pihak penganjur Konsert Search 35 Tahun, AFJETS SDN BHD bersama-sama dengan Amy, Nasir, Din, Yazit dan Kid dari kumpulan Search telah mengambil kata sepakat untuk menangguhkan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 9 April 2016. Keputusan ini diambil atas faktor keselamatan para pengunjung dan keadaan persekitaran Stadium Merdeka di mana lokasi konsert akan diadakan.

Setelah membuahkan tanda tanya ramai terutamanya di laman media sosial, Amy Search selaku vokalis kumpulan ini dengan rasminya tampil mengumumkan tarikh baru yang disifatkan tarikh keramat buat meraikan ulang tahun ke 35 penubuhan kumpulan tersebut, Melalui tiga buah radio tempatan, pengumuman ini dibuat dan 30 OGOS 2016 merupakan tarikh yang bakal menemukan para peminat Search dari segenap pelusuk dengan kumpulan legenda tanah air ini.

search

Menurut Amy, tarikh ini dipilih oleh pihak penganjur dan kumpulan Search kerana mahu meraikan ulang tahun mereka di ambang hari kemerdekaan. Semangat cintakan negara dan nasionalisme sekaligus dapat disemaikan khususnya buat para pengunjung konsert ini nanti.

Bukan satu malah ia boleh dinamakan sebagai ‘double celebration’ buat semua menonton Konsert Search 35 Tahun itu kelak. Hashtag (#) demicintakupadamu yang diambil dari bait lirik Fantasia Bulan Madu sekaligus diangkat bagi menunjukkan rasa cinta terhadap negara. Lagu yang ditukarkan tajuk Cinta Kita itu turut popular di negara seberang, Indonesia satu ketika dahulu malah hingga ke hari ini.

Berita baik buat para pembeli tiket awal (sebelum penundaan) di mana imbuhan istimewa disediakan oleh pihak penganjur dan kumpulan Search khusus buat mereka. Mereka yang sudah membeli tiket terdahulu akan mendapat sekeping tiket percuma sebagai tanda penghargaan buat mereka!

Tiket-tiket ‘early bird’ yang berharga RM135 akan diberikan diskaun sebanyak 15 peratus sehingga 1 Mei 2016. Selepas tarikh itu tiket zon Mat Rock dan Isabella akan dijual pada harga RM135 (termasuk GST dan caj perkhidmatan. Tiket-tiket zon Kejora (duduk) dan Pawana (berdiri) yang berharga RM288 turut diberikan diskaun 15 peratus sehingga 1 Mei 2016.

Untuk para penonton yang mahu membeli tiket VIP, tiket-tiket berharga RM899 di zon Fenomena turut diberikan potongan sebanyak 15 peratus untuk pembelian ‘early bird’. Selepas 1 Mei 2016, semua tiket akan kembali pada harga RM899 (termasuk GST dan caj perkhidmatan). Tiket-tiket boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my

Di kesempatan ini juga, pihak AFJETS SDN BHD dan kumpulan Search turut ingin mengumumkan kemunculan Akira Takasaki sebagai artis jemputan kehormat Search di konsert itu kelak. Akira yang diterbangkan khas dari Jepun merupakan gitaris kumpulan hebat Loudness yang pernah mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur.

Mengambil berat perihal peminat OKU, pihak pengajur juga turut mengadakan kemudahan buat mereka yang mahu menyaksikan konsert ini kelak. Selain itu, pelbagai program dan aktiviti sudah dirangka khas buat para peminat Search.

Antaranya ialah persembahan udara, persembahan budaya yang merupakan ‘pocket show’ bagi konsert, festival trak makanan serta pelbagai hadiah menarik yang akan diberikan buat para pembeli tiket Konsert #Search35. Pasukan gerilla Konsert #Saerch35 akan muncul di tempat-tempat terpilih dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Berjaga-jaga!

Pengumuman demi pengumuman akan disiarkan dalam perjalanan menuju tarikh 30 OGOS 2016 kelak. Pastinya pengumuman ini akan menambahkan kemeriahan dan meningkatkan adrenalin peminat Search yang tidak sabar-sabar untuk meraikan ulang tahun Search sekaligus menyambut hari kemerdekaan bersama-sama.

Ikuti perkembangan KONSERT #Search35 di www.afjets-search.com atau menerusi Facebook Fenomena Search dan Amy Search. Juga kunjungi laman Instagram Fenomena Search, AkuAmySearch dan Twitter Fenomena Search untuk berita demi berita semasa berkenaan KONSERT #Search35.

SEARCH pic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Istimewanya Sambutan Earth Hour Tahun 2016?

Sekitar Gimmick Flashmob di Konsert ELLA 2016