in

Sekitar Gimmick Flashmob di Konsert ELLA 2016

Bersempena dengan Konsert ELLA 2016 yang bakal berlangsung pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam di Stadium Malawati Shah Alam, pihak penganjur Atlas One Events dengan kerjasama Rakan Strategik Konsert ELLA 2016 iaitu Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) mempersembahkan “gimmick flashmob” persembahan khas oleh 110 pemuzik serta penyanyi bersama-sama menyanyikan lagu hit ELLA iaitu Permata Pemotong Permata dari album ELLA USA.

JOHN1624

Persembahan khas ini berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang juga merupakan Rakan Strategik Konsert ELLA 2016. Seramai 30 pemain drum, 30 pemain gitar, 20 pemain bass dan 30 penyanyi dan mereka juga adalah pelajar-pelajar dari Aswara. Untuk makluman, “gimmick” ini merupakan yang pertama di Malaysia dan pastinya akan terpatri didalam sejarah industri hiburan negara kita. Yang pastinya masih belum ada percubaan sebegini yang pernah dilakukan oleh sesiapa di Malaysia.

Sidang akhbar Konsert ELLA 2016 ini juga menyaksikan kehadiran para tetamu VIP yang sama sama hadir memberikan sokongan dan mereka adalah :

1. YB Amirudin Shari Presiden Pemadam Selangor
2. Tuan Zain Azrai Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
3. Tuan Edd Razhe PA to Executive Chairman AirAsia Berhad & Group CEO AirAsia X Berhad
4. Tuan Ramlan Mohd Imam Dekan Fakulti MuzikAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)
4. Syahrizal Ismail Pengarah Urusan Atlas One Events

ELLA semenjak hampir 30 tahun yang lalu masih mengekalkan takhta sebagai Ratu Rock Negara dan masih tiada tandingannya sehingga sekarang. Setelah hampir 15 tahun tanpa konsert berskala besar, barangkali kolaborasi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya sekitar Julai 2010 adalah konsert solo terbesarnya baru baru ini, Ratu Rock Negara ini akan kembali menemui peminatnya menerusi Konsert ELLA 2016.

JOHN0613

Konsert ini juga bakal menyaksikan barisan pemain-pemain muzik handalan yang akan mengiringi ELLA ketika konsert tersebut. Mereka adalah :

Pengarah Muzik : Man Keedal Pemain Gitar : Ridz
Pemain Bass : Fly Pemain Drum : Ainol
Pemain Keyboard : Roza Rio
Juga pemuzik jemputan seperti Lord dari ELLA & The Boys dan juga beberapa lagi pemain guitar ternama dari kumpulan-kumpulan rock terkemuka di Malaysia bakal menghiburkan tetamu yang hadir. Manakala artis undangan yang akan sama-sama memeriahkan Konsert ELLA 2016 adalah :

1. Bunkface (persembahan pembukaan)
2. Amy Search
3. Korie

JOHN1295

Konsert ELLA 2016 ini juga mendapat sambutan hangat dari agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat korporat terkemuka di Malaysia. Berikut adalah senarai penaja-penaja Konsert ELLA 2016.

Rakan Rasmi : Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor
Rakan Rasmi : Tourism Selangor

Rakan Strategik : Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Rakan Strategik : Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)

Radio Rasmi : Era FM
Radio Sokongan : Sinar FM

Kenderaan Rasmi : Volvo Car Malaysia
Syarikat Penerbangan Rasmi : AirAsia

Resort Rasmi : Perhentian Island Resort
Katerer Rasmi : Cheritera Café
Karaoke Rasmi : Red Box & Green Box
Tiket Rasmi : TicketPro Malaysia

Disokong oleh : The Lodge Paradize Hotel
: Lameya Malaysia
: The Storage People

Peminat-peminat juga berpeluang memenangi tiket ke Konsert ELLA 2016 melalui pertandingan pertandingan yang bakal dijalankan di laman sosial penaja-penaja serta radio. Berikut adalah penaja-penaja yang bakal melancarkan pertandingan tersebut.

1. Era FM 2. Sinar FM
3. AirAsia 4. Perhentian Island Resort

Manakala, Atlas One Events sebagai penganjur dengan kerjasama dari AirAsia dan Perhentian Island Resort akan memberi tiket secara percuma kepada pemenang pemenang pertandingan. Pemenang-pemenang bertuah bakal menerima tiket ke Konsert ELLA 2016, percutian ke Perhentian Island Resort dan tiket penerbangan ke lokasi lokasi menarik di seluruh Malaysia dan juga Indonesia. Layari Facebook serta Instagram ELLA AMINUDDIN dan ATLAS ONE EVENTS untuk maklumat lanjut.

Tiket-tiket Konsert ELLA 2016 sudah mula dijual semenjak sebulan yang lalu dan setakat ini lebih 50% tiket (maksimum kapasiti 7000 orang) sudah pun terjual termasuk tempahan dari kelab peminat ELLA iaitu ELLA USA, ELLA’s Gang, agensi agensi kerajaan, syarikat syarikat korporat serta pembelian dari individu. RM 2 dari setiap jualan tiket akan disalurkan ke Tabung Pemadam Selangor sebagai sumbangan dari ELLA agar lebih banyak aktiviti aktiviti anti dadah dapat dijalankan pada masa hadapan.

JOHN1395

Maklumat Penganjur
Atlas One Events Sdn Bhd
31-03 Jalan PJU 5/20E, The Strand Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03 6143 7695
Website : www.atlasoneevents.com

Maklumat Tiket
RM 78 Kategori 1 (Semua tempat duduk adalah bernombor)
RM 108 Kategori 2 (Semua tempat duduk adalah bernombor)
RM 158 Kategori 3 (Semua tempat duduk adalah bernombor)
RM 78 Kategori 3 (OKU sahaja) (Semua tempat duduk adalah bernombor)
RM 228 RockZone (berdiri di hadapan pentas dan tidak bernombor)
RM 288 VIP (termasuk cenderahati ELLA) (Semua tempat duduk adalah bernombor)

Tiket Ejen
Ticketpro Malaysia Sdn Bhd
D-2-03A Dataran Glomac, Jalan SS6/20A,
Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya, Selangor
Hotline : +603 7880 7999 Fax : +603 7880 4478
Email : [email protected]
Jualan Tiket Online : www.ticketpro.com.my

Tiket juga boleh didapati di outlets
Rock Corner . Guitar Store . Victoria Music

Belian melalui WhatsApp (20% diskaun tiket untuk pelajar tetapi pembelian hanya melalui WhatsApp)
010 2707 456 . 010 7608 612 . 012 3814 861

JOHN1415

JOHN1427

JOHN1459

JOHN1468

SYNC0516

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert SEARCH 35 TAHUN Ditunda Ke 30 Ogos 2016

TGV Cinemas Flix Fiesta