in , ,

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Diadakan Pada 3 Februari 2024

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Pada 3 Februari 2024 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di KWC StarXpo, Kuala Lumpur.

Redvena bersama Redvena Musix buat julung kalinya akan menganjurkan konsert dengan kerjasama label artis Talent Toy Production yang bakal menampilkan kumpulan Hyper Act yang terdiri daripada Firman Bansir (Vokal Utama), Toy Nizam (Bes dan Vokal Kedua), Freddy (Gitar Utama)Etan (Gitar Kedua) dan Ejam (Drum) pada 3 Februari 2024 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di KWC StarXpo, Kuala Lumpur. 

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Pada 3 Februari 2024

Konsert ini mendapat sokongan rakan radio iaitu Hot FMpenaja seperti Icha Hair Studio by Icha Khairul dan Mell Beauty Makeup by Eiycha Aziz dan rakan kongsi iaitu Ombak Exclusive

Konsert ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke-15 kumpulan Hyper Act. pada tahun 2024 semenjak penubuhannya pada tahun 2009. 

Selain itu, konsert ini juga adalah sebagai kesinambungan aktiviti Hyper Act. selepas pelancaran lagu terbaru mereka “Pasti Terjadi” pada Oktober 2023. 

Tambahan daripada itu, konsert ini bakal menggabungkan semula bekas-bekas anggota Hyper Act. sebelum ini laitu Ronnie Hussein (Vokal Utama)Kecik Ogie (Vokal Utama) dan Labib (Drum)dan ini adalah seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka sekian lama

Konsert ini bakal dihadiri oleh 5,500 orang peminat Hyper Act. yang akan dihiburkan dengan 16 lagu- lagu hit mereka seperti Harapan, Hanya Aku, Impian, Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih, Pasti Terjadi dan selebihnya. Jangkaan masa konsert ini adalah selama 2 jam. 

Tiket masuk akan mula dijual di platform ticket2U bermula 24 Oktober 2023 dan harga adalah serendah RM115 (Zon 5 Berdiri), diikuti RM175 (Zon 4 Berdiri), RM195 (Zon 3 Berdiri), RM225 (Zon 2 Berdiri), RM245 (Zon 1 Berdiri)RM250 Meet & Greet) dan RM295 (“Pasti Terjadi” – Berdiri).

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Pada 3 Februari 2024

Sidang media bagi konsert ini pula akan diadakan pada 24 Oktober 2024 (Selasa) pada jam 12.30 tengahari bertempat di Centre Court, The Curve Mutiara Damansara.

Acara ini akan dihadiri oleh kumpulan Hyper Act., Labib, Ronnie Hussein, Kecik Ogie, rakan-rakan media, peminat dan orang ramaiPada sidang media ini, kumpulan Hyper Act. akan membuat kejutan dengan menampilkan bekas-bekas anggota mereka dan turut akan membuat persembahan akustik di pentas utamaSidang media mendapat tajaan The Curve Mutiara Damansara dan Royale Chulan The Curve.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Ella di Pulau Pinang Berjaya Salurkan Lebih RM30,000 Bantu Palestin

Senarai Filem Korea Paling Seram di iQIYI, Ada Berani Nak Tengok Tak?