in , ,

Senarai Filem Korea Paling Seram di iQIYI, Ada Berani Nak Tengok Tak?

#AdaBerani untuk Menonton Filem Seram Anda Berikutnya? iQIYI miliki Barisan Kandungan Seram Korea yang Menakutkan pada Musim Menyeramkan Ini

Dengan musim menyeramkan semakin hampir, sudah tiba masanya untuk kandungan komedi, drama dan kisah percintaan dalam K-drama memberi laluan kepada karya seram Korea (K-seram)!

Kita semua sudah biasa dengan populariti genre K-drama dengan minat mendalam terhadap CEO kacak. Bagaimanapun, pengkarya kandungan Korea mengetahui bagaimana menghasilkan genre seram dan thriller dan mereka melakukannya dengan baik!  

AdaBerani2023_MainKV

Bermula sekarang hingga 5 November 2023, iQIYI telah menyusun senarai filem K-seram dan thriller yang menyeramkan sebagai sebahagian daripada barisan #AdaBerani mereka. Sama ada anda seorang peminat tegar kandungan seram atau sekadar mencari keseronokan, berikut ialah senarai filem yang boleh meremang bulu roma anda atau tidur dalam kegusaran apabila memikirkan apa yang menanti di luar tingkap rumah anda. 

Daripada gerombolan zombie dan dihantui masa lampau hinggalah kisah makhluk ghaib dan Dewa Kematian, berikut adalah judul yang mampu memuaskan peminat kisah seram di seluruh dunia:

Filem Korea Seram/ Thriller yang Memenangi Anugerah

The Witch: Part 1: The Subversion

The Witch 1 魔女

Pemenang: Anugerah Grand Bell, Korea Selatan 2018 – Pelakon Baru Wanita Terbaik

Pemenang: Festival Filem Fantasia 2018 – Pelakon Wanita Terbaik

Pada usia masih muda, Ja-yoon melarikan diri dari makmal kerajaan, tetapi hilang semua ingatannya. 10 tahun kemudian, demi keluarganya, beliau muncul dalam pertandingan televisyen yang disiarkan di seluruh negara yang menawarkan hadiah tunai. Hidupnya berubah selepas dia berdepan pelbagai kisah silamnya.

Tonton Di sini

The Witch: Part 2: The Other One

The Witch 2 魔女二部曲:另一个她

Pencalonan: Anugerah Grand Bell, Korea Selatan 2022 –  Pelakon Baru Wanita Terbaik

Pencalonan: Anugerah Blue Dragon 2022 – Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Berikutan serangan dahsyat ke atas kemudahan penyelidikan rahsia Program Witch, seorang gadis muda muncul sebagai satu-satunya mangsa terselamat. Dia diselamatkan dua orang awam yang mengetahui bahawa bahaya lebih besar sedang menanti.

Tonton Di sini

Peninsula

Peninsular 釜山行2:半岛

Pemenang: Anugerah Filem Buil 2020 – Anugerah Bintang Popular

Pencalonan: Anugerah Blue Dragon 2020 – Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Selepas wabak zombi melanda negara dalam Train to Busan, Korea Selatan bertukar menjadi negara tandus. Sejurus selepas mangsa terakhir terselamat menaiki kapal pelarian terakhir, veteran Jung Seok (lakonan Dong-won Gang) dan keluarganya menemui zombi dalam kalangan pelarian. Mereka bernasib baik, apabila Hong Kong membenarkan mereka merentas sempadan dan memulakan hidup baharu. Bagaimanapun, selepas terpikat dengan tawaran wang lumayan, Jung Seok menyertai skuad yang akan kembali ke Korea Selatan untuk mendapatkan sejumlah wang tunai. Apa yang mengejutkan selepas kembali ke sana, mereka mendapati sekumpulan mangsa yang masih terselamat bergelut untuk hidup. Jung Seok memutuskan untuk membawa mereka keluar dari sana. Adakah mereka berjaya melepaskan diri dari semenanjung yang penuh dengan zombi?

Tonton Di sini

Train to Busan

Pemenang: Anugerah Filem Blue Dragon 2016 – Anugerah Filem Paling Popular Pilihan Penonton.

Seorang duda, Seok-woo (lakonan Gong Yoo) membawa anak perempuannya menaiki kereta api KTX dari Seoul ke Busan. Mereka baharu sahaja menaiki kereta api terbabit sebelum zombi menyerang stesen berkenaan. Bagaimanapun, seorang gadis yang dijangkiti turut menaiki kereta api itu dan mula menjangkiti penumpang lain. Kereta api terbabit menempuh pelbagai halangan ketika menuju ke Busan yang terletak sejauh 442 kilometer. Adakah Seok-woo dapat membawa anak kesayangannya ke tempat selamat walaupun menghadapi semua cabaran dan bahaya?

Tonton Di sini

The Divine Fury

The Divine Fury 驱魔使者

Pemenang: Festival Filem Molins 2019 – Kesan Khas

Filem aksi thriller dengan unsur-unsur ghaib mengisahkan tentang dewa kematian yang turun ke bumi. Selepas menemui Paderi Ahn, juara seni bela diri Yong-hoo (Park Seo-joon) yang telah kehilangan bapanya mula berjuang menentang dewa kematian jahat yang mengganggu dunia.

Tonton Di sini

Dan semuanya untuk anda! Jangan lupa untuk memasukkan judul ini ke dalam senarai tontonan anda dan menontonnya bersama rakan-rakan, keluarga, atau menonton sendirian jika anda berani. Semua filem ini akan tersedia untuk ditonton menerusi aplikasi iQIYI atau laman web www.iq.com. Jadi, #AdaBerani nak saksikan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Diadakan Pada 3 Februari 2024

Samsung Galaxy A05 & A05s Telefon Kekal Tahan Lama & Harga Pun Murah!