in , ,

Konsert Ella di Pulau Pinang Berjaya Salurkan Lebih RM30,000 Bantu Palestin

Tahniah Ratu Rock Ella! Berjaya Salurkan Lebih RM30,000 Untuk Tabung Cinta Gaza Malaysia

Bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang, disaksikan hampir 14,000 penonton yang hadir memenuhi segenap ruang dengan kedudukan pentas yang berada di tengah-tengah arena, konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ edisi Pulau Pinang yang dibawakan khas oleh penganjur acara terkenal, Hitman Solutions melalui kolaborasi bernas bersama syarikat pengurusan Ella, RockQueen telah pun melabuhkan tirainya pada 28 Oktober lalu, Sabtu!

Malam dimulakan dengan penampilan ratu rock negara, dalam busana serba putih membawa bendera Palestin memberi simbolik solidariti terhadap rakyat negara itu yang sedang berdepan dengan kemelut kemanusiaan, dan dalam nada tenang penuh keprihatinan, Ella menyeru,

“Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, ‘free Palestine’!”

– ELLA
Tahniah Ratu Rock Ella! Berjaya Salurkan Lebih RM30,000 Untuk Tabung Cinta Gaza Malaysia di Konsert Ella Puteri Kota Edisi Utara

Tahniah buat Ratu Rock Ella di atas kejayaan Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Edisi Utara di Spice Arena, Bayan Lepas yang telah berjaya mengumpulkan lebih daripada RM30,000 yang akan disalurkan kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia.

Usaha ini adalah untuk membantu penduduk Palestin dalam ketegangan melawan serangan tentera Israel. 

Ella meluahkan rasa syukur dan terima kasih kerana usaha tersebut memberi peluang untuk memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin sebagai tanda solidariti. 

Tahniah Ratu Rock Ella! Berjaya Salurkan Lebih RM30,000 Untuk Tabung Cinta Gaza Malaysia di Konsert Ella Puteri Kota Edisi Utara

“Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih kepada semua penonton yang sudi hadir ke konsert saya dan buat semua krew yang terlibat.

“Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2 minggu yang lalu oleh kerana jerebu, saya agak risau jika malam konsert terpaksa dibatalkan, tapi berbekalkan doa serta semangat dari semua, saya berjaya melunaskan tanggungjawab saya pada malam ini untuk orang-orang utara.

“Saya rasa terharu berbaur sedih kerana berpeluang dapat membuat persembahan di tempat asal kelahiran saya.

“Dan terima kasih buat semua yang ‘support’ solidariti saya terhadap Palestin melalui sumbangan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia, salah satu cara kita dapat membantu secara fizikal dan sudah pastinya doa dari anda semua.

“Peace, love, rindu.

– ELLA

Sebelum konsert beraksi, persembahan montaj 35 tahun penglibatan Ella sepanjang berada dalam bidang seni dipersembahkan melalui kesan audio visual yang menarik dengan diiringi lagu Ulek Mayang.

Lagu pertama yang dipersembahkan, Risau menggamit memori kesemua penonton dengan sorakan yang gemuruh diikuti dengan Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip, Anak Patung, Retak, nggakPengemis Cinta, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Kitalah Bintang, Permata Biru, Standing In The Eyes Of The World dan Gemilang dengan hampir 40 buah lagu kesemuanya.

Tahniah Ratu Rock Ella! Berjaya Salurkan Lebih RM30,000 Untuk Tabung Cinta Gaza Malaysia di Konsert Ella Puteri Kota Edisi Utara

Malam konsert turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Kaka Azraff yang merupakan anak saudara Ella menyanyikan lagu Bawaku Pergi bersama adik Ella sendiri, penyanyi era 90-an, Korie, dan kemudian kedua-duanya menyanyikan lagu Pergilah Sayang.

Selain ahli keluarga, suami tercinta Ella, Kapten Azhar Ghazali turut berduet romantis bersamanya melalui lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

Kejutan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua, kemunculan khas Dato’ Awie berduet bersama Ella menyanyikan lagu Baldu Biru dan nyanyian solo oleh Dato’ Awie sendiri melalui lagu hitnya, Penjara Misteri.

Tahniah Ratu Rock Ella! Berjaya Salurkan Lebih RM30,000 Untuk Tabung Cinta Gaza Malaysia di Konsert Ella Puteri Kota Edisi Utara

Semasa sidang media yang diadakan sejurus selepas konsert, Ella menekankan kesedaran mengenai konflik di Gaza dan keperluan untuk bantuan fizikal demi meringankan beban yang mereka hadapi. Menurutnya, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan bahawa ini adalah cara untuk menunjukkan kasih sayang dan sokongan kepada umat Islam yang ditindas.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Edisi Utara di Spice Arena, Bayan Lepas, menjadi acara yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal. 

Dalam konsert selama tiga jam itu, penyanyi yang dipanggil Ratu Rock ini menghadirkan segmen khas untuk menyoroti konflik global yang memerlukan perhatian, khususnya konflik di Palestin.

Ella, dengan penuh dedikasi, menyatakan kesedihannya atas kejadian tersebut. 

Beliau menampilkan bendera Palestin sebagai pembuka tirai persembahan dan menghidupkan suasana dengan dua lagu bertajuk Kasih dan Penawar. 

Visual kemusnahan di Tebing Gaza dipaparkan melalui layar gergasi semasa persembahan lagu-lagu tersebut.

Tahniah Ratu Rock Ella! Berjaya Salurkan Lebih RM30,000 Untuk Tabung Cinta Gaza Malaysia di Konsert Ella Puteri Kota Edisi Utara

Sementara itu, penganjur Hitman Solutions telah mengumumkan satu lagi konsert Ella akan diadakan di Sabah pada awal tahun hadapan!

“Saya bangga dapat bekerjasama dengan Ella sekali lagi kini di lokasi yang ketiga selepas kejayaan konsert di Kuala Lumpur yang memecah tradisi dengan jualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam, dan di atas permintaan ramai, disambung ke malam kedua.

“Impian kami (Hitman Solutions) adalah dengan terus meningkatkan penanda aras setiap konsert, memberikan sesuatu yang unik dan berlainan di setiap persembahan Ella.

“Nantikan konsert yang seterusnya pada suku pertama tahun hadapan yang akan diadakan di Sabah pula, jadi nantikan tarikhnya.

– Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal

Doa untuk keselamatan rakyat Palestin turut dibacakan, diikuti dengan laungan takbir yang disempurnakan oleh suami Ella, Azhar Ghazali. Konsert anjuran Hitman Solutions bersama RockQueen berjaya menarik 14,000 penonton dari dalam dan luar negara.

Sebagai kejutan kepada peminatnya, Ella turut mempersembahkan Datuk Awie sebagai penyanyi jemputan, sementara anak saudaranya, Kaka Azraff, dan adiknya, Korie, turut membuat penampilan istimewa.

Ella membawakan lebih daripada 40 lagu semasa konsert tersebut dengan judul lagu seperti Sembilu, Kesal, Nuri, Pedih, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Tiada Tangis Lagi, Ala Amerika, Kitalah Bintang, Standing In The Eyes Of The World, Gemilang, Permata Pemotong Permata, Layar Impian, dan banyak lagi.

Konsert bertemakan Glam Rock Solidariti Palestin ini merupakan siri jelajah ketiga Ella selepas sebelum ini di Kuala Lumpur dan Singapura.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert  Liza Hanim 27 Years Journey In Concert Pada 4 Februari 2024

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Diadakan Pada 3 Februari 2024