in

Konsert Metalasia The Return Of Metal Wars

[dropcap]S[/dropcap]etelah sekian lama menyepi, kumpulan terkenal metal tanah air Metalasia kini kembali dengan siri konsert mereka yang dahulu terkenal pada tahun 1999 iaitu Metal Wars.

Kumpulan yang pernah memenangi album Hard Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 untuk album Silantra: Bermula Sebauh Epik juga tercalon untuk Susuanan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu 2004, akan menggegarkan tanah air dengan The Return Of Metal Wars – Khalifah Alam Maya Vs Silantra yang akan berlangsung pada 8 Jun 2013 (Sabtu) di Black Box Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur jam 8:00 malam pada harga RM 50.

Buat jurung kalinya, Metalasia akan menampilkan dua vokalist dari dua album terdahulu mereka iaitu Kalifah Alam Maya yang dinyanyikan oleh CD Naz dan Silantra: Bermulanya Sebuah Epik yang dinyanyikan oleh Muix.

Atas permintaan dan desakkan oleh peminat-peminat setia Metalasia yang telah lama menggungu konsert Metalasia gabungan 2 vokalist dari 2 album terdahulu mereka, impian peminat setia Metalasia akan menjadi kenyataan pada 8 Jun 2013.

King Shah guitarist utama ada berkata:

“Kami sudah lama mendengar pemintaaan & rayuan-rayuan peminat agar membuat sebuah konsert menggabungkan dua orang vokalist dari album terdahulu. Kini kami akan mempersembahkan kepada mereka nanti.”

Pada malam konsert itu nanti kedua-dua vokalist itu akan bergilir-gilir mempersembahkan lagu-lagu dari album Kalifah Alam Maya & Silantra: Bermulanya Sebuah Epik.

Konsert ini juga akan menampilkan 3 buah kumpulan metal sebagai pembuka tirai,sebelum Metalasia mengambil pentas pada malam itu nanti. Kumpulan tersebut adalah Sepatu 69, Kumpulan V dan Deja Voodoo Spells

Jadi, tandakan kalender anda pada 8 Jun 2013 jam 8:00 malam untuk konsert The Return Of Metal Wars yang jurung kali menampilkan dua vokalist dari kedua-dua album Metalasia.

Metalasia dianggotai oleh:
Muix – Vokal
King Shah – Gitar
Ritz – Gitar
Wan Brakar – Bass
Sam Maya – Dram

Vokalist Jemputan:
CD Naz – Vokal album Kalifah Alam Maya

Butiran Konsert:
Tarikh: 8 Jun 2013, Sabtu
Tempat: Black Box Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur
Masa: 7:00 mlm – 12:00 malam
Harga Tiket: RM50 boleh didapati di pintu masuk Black Box pada hari konsert tersebut

Konsert Metalasia The Return Of Metal Wars

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tyzo Kini Bersama Selangor FM

Ride N Seek Begins Its Journey on HISTORY