in

Tyzo Kini Bersama Selangor FM

Setelah beberapa hari suaranya tidak ke udara di stesyen radio U FM bersama rakan setugas Jimmy Shanley, akhirnya MH online berjaya mendapatkan penjelasan daripada Tyzo atau nama penuhnya Tuah Zoqarnain Idris mengenai kehilanganya itu.

Enggan mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku, Tyzo mengakui yang dirinya kini adalah penyampai radio untuk siaran Selangor FM yang berfrekuensi 100.9FM.

“Saya tidak mengangggap ini sebagai zaman kejatuhan saya tetapi ini adalah roda di dalam kehidupan. Bagi saya biarlah tidak popular tetapi duit saya cukup untuk menampung kehidupan seharian,”

– Tyzo

Tyzo kini bertugas untuk segmen malam bersama DJ Andy Hakim.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terkininya, Tyzo masih lagi menjalankan perniagaan kopi buah tunjuk langitnya iaitu ‘Swietenia Coffee’ dan beberapa produk lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Lagenda P. Ramlee Menguji Peserta Popstar

Konsert Metalasia The Return Of Metal Wars