in , ,

Senarai Konsert Menarik Di Dewan Filharmonik Petronas Bulan Mei Ini

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) berusaha untuk memartabatkan landskap seni dan budaya Kuala Lumpur dengan mempersembahkan pelbagai konsert-konsert yang menarik untuk musim 2022.

Pada bulan Mei ini, raikan suasana perayaan Aidilfitri bersama MPO apabila orkestra ini memberikan penghormatan kepada salah seorang komposer legenda Malaysia, S. Atan, di dalam konsert bertajuk Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, jam 8:30 malam

Dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose dan juga menampilkan artis-artis lagenda Malaysia seperti Dato’ Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz, saksikan mereka berganding bahu bersama MPO untuk mempersembahkan rendisi simfonik lagu-lagu raya ikonik ciptaan S. Atan seperti Cahaya Aidilfitri, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Joget Hari Raya dan Salam Aidilfitri.

Konsert Menarik Di Dewan Filharmonik Petronas Bulai Mei Ini

Seterusnya, peminat-peminat R&B dan Hip-hop tempatan pasti akan teruja kerana Ruffedge akhirnya akan mengadakan konsert pertama mereka di DFP pada hari Sabtu, 2 Julai 2022, jam 8:30 malam

Konsert yang diberi tajuk Ruffera ini akan menyaksikan kumpulan popular itu membawa peminat-peminat mereka menyusuri memori di DFP dengan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Tipah Tertipu, Lemas dan Da Bomb.

Akhirnya, penyanyi pop lagenda Malaysia, Datuk Aishah akan menyertai MPO yang dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, di dalam konsert solo beliau bertajuk Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous pada hari Sabtu, 6 Ogos 2022, jam 8:30 malam di DFP. 

Saksikan Aishah mempamerkan vokal hebatnya dengan mempersembahkan pelbagai nyanyian lagu-lagunya yang popular seperti Seloka Rindu, Fatwa Pujangga, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Janji Manismu dan Camar Yang Pulang.

Lagu-lagu ini akan diberikan nafas simfonik yang baru oleh MPO. Konsert ini akan dipimpin oleh konduktor, Ahmad Muriz Che Rose.

Kesemua konsert ini pernah dijadualkan untuk musim 2020 konsert DFP sebelum ini tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19. 

Namun, ianya dianjurkan semula disebabkan oleh sokongan dan permintaan peminat-peminat yang mahukan konsert-konsert ini diadakan. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert-konsert ini, layari laman web DFP: www.dfp.com.my/2022season

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert-konsert menarik ini, hanya di DFP!

Anda telah menjadi sumber inspirasi kami sepanjang segala usaha, komitmen dan cabaran yang kami hadapi. Semua pencapaian kami sehingga ke hari ini disebabkan oleh sokongan dan kesetiaan anda. Jadilah penunjang yang sentiasa mendorong kami. 

Dermalah kepada MPO di mpo.com.my/donate. Segala sumbangan yang diberikan akan disalurkan untuk membina bakat-bakat tempatan, menyajikan penonton kami dengan pelbagai pilihan muzik dan persembahan-persembahan yang menarik dan untuk terus menyebarkan keindahan muzik kepada semua. #YouAreTheReason

Maklumat Konsert 

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS, KLCC

Konsert Menarik Di Dewan Filharmonik Petronas Bulai Mei Ini

Harga Tiket (Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan)

Premium: RM329, A Reserve: RM219, B Reserve: RM153 dan C Reserve: RM109
Suite: RM526 & RM592

Konsert Menarik Di Dewan Filharmonik Petronas Bulai Mei Ini


Harga Tiket (Ruffera)

Premium: RM200, A Reserve: RM180, B Reserve: RM140 dan C Reserve: RM100
Suite: RM320 & RM360

(Tiket akan dijual kelak.)

Konsert Menarik Di Dewan Filharmonik Petronas Bulai Mei Ini

Harga Tiket (Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous)

Premium: RM329, A Reserve: RM219, B Reserve: RM153 dan C Reserve: RM109
Suite: RM526 & RM592

(Tiket akan dijual kelak.)

Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan

Ahad: 12.00 tengahari ke waktu persembahan

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Umum kecuali jika ada konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007 / 7511 / 7512 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web DFP: www.dfp.com.my

Laman Web MPO: www.mpo.com.my 

Facebook dan Instagram DFP: @dewanfilharmonikpetronas

Facebook dan Instagram MPO: @malaysianphilharmonicorchestra

YouTube: MPO TV

Spotify: MPO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZUL ARIFFIN

Tayangan Perdana Dunia Filem “Talbis Iblis” di 24th Far East Film Festival

RAJA JASTINA ASTRO

Astro Terokai Arena Antarabangsa Dalam Hasilkan Drama Adaptasi