in , ,

Konsert M. Nasir Satu Hikayat Buat Peminat Naik ‘Syeh’

Berdurasi lebih tiga jam dengan dendangan 28 lagu hits yang mengiringi perjalanan seninya sepanjang 40 tahun, konsert solo ‘M Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan’, nyata membuktikan seniman tersohor itu berada pada kelas tersendiri. Dengan durasi itu, masa dirasakan begitu sekejap. Tiga jam tu tak terasa masa berlalu macam tu je. Tak terasa apa. Ini bermakna konsert ini memberi kepuasan maksimum kepada peminat. Tahniah buat Sifu!

Dengan usia yang sebegitu, M Nasir atau terkenal dengan jolokan sifu berjaya memberikan persembahan mantap dan bertenaga selama konsert berlangsung di hadapan 2,800 penonton, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi. Ianya cukup bertenaga dan energinya sangat luas biasa. Stamina kuat betul Sifu ni.

Peminat Naik Syeh, Dirasuk Muzik Sifu, Ulasan di Konsert M.Nasir 1 Hikayat 40 Tahun Perjalanan. BEST!

Konsert selama dua malam bermula malam tadi, sekali gus menjadi hadiah yang amat bermakna dan pengubat rindu kepada peminat seni penyanyi serta komposer berusia 62 tahun itu, yang kali terakhir mengadakan konsert solo pada 2015.

Tirai persembahan pada malam tadi bermula dengan lagu Langgam Pak Dogo daripada album Phoenix Bangkit, yang merupakan album solo keenam M Nasir pada tahun 2001 diikuti dengan lagu Anak-anak Kita.

Diiringi kumpulan muzik yang dikenali sebagai ‘Gong’ terdiri daripada Aznan Alias, Firdaus Mahmud, Raffi dan Ujang Exists, nyata umpama memberi ‘sengatan’ untuk seniman tersohor itu untuk terus mendendangkan lagu hits ciptaan beliau serta pelbagai lagu yang dicipta untuk penyanyi lain.

ANAK-ANAK KITA di Konsert M.Nasir 1 Hikayat 40 Tahun Perjalanan

Tatkala M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad menyampaikan lagu Phoenix Bangkit Dari Abu, peminat mula bangun dengan memberi tepukan gemuruh tanpa henti sebagai tanda menghargai konsert yang dinanti-nanti itu.

Tidak terhenti di situ, ‘sifu’ terus memukau penonton di dalam dewan dengan lagu Keroncong Untuk Ana yang merupakan satu daripada lagu menerusi album Seniman Jalanan yang diterbitkan pada 1984.

Bait pertama lagu tersebut membuatkan suasana di dalam dewan diam seketika dengan penonton menyalakan lampu di telefon bimbit masing-masing dan menghayati persembahan tanpa henti 12 lagu lain termasuk lagu medley.

Selain itu, persembahan selingan lagu genre dikir barat oleh Sabri Yunus ternyata mencuit hati penonton yang menampilkan lirik spontan beliau.

PHOENIX BANGKIT DARI ABU di Konsert M.Nasir 1 Hikayat 40 Tahun Perjalanan

Segmen lagu medley ciptaan M.Nasir menggamatkan dewan apabila Sifu mempersembahkan lagu Kenangan Lalu (Flybaits), Hingga Akhir Nanti, Sekuntum Mawar Merah (Allleycats), Milik Siapakah Gadis Ini, Bercanda di Pasiran Pantai (Sudirman), Istana Menanti (Rahim Maarof), Hani (Hattan), Sentuhan Kecundang (Ekamatra), Sampai Hati (Spring), Fantasia Bulan Madu, Sejati (Search), Jaket Biru dan Pawana (Wings).

Penonton yang sejak awal tidak berganjak dari tempat masing-masing terus berdiri apabila M Nasir mendendangkan lagu medley ciptaan beliau antaranya Hingga Akhir Nanti, Bercanda Di Pasiran Pantai, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Fantasia Bulan Madu dan Pawana.

  1. Langgam Pak Dogo
  2. Anak Anak Kita
  3. Phoenix Bangkit Dari Abu
  4. Keroncong Untuk Ana
  5. Sentuhan Listrikmu
  6. Bila Rumi Menari
  7. Tari Cinta Rimba Mistikal

Medley:

  1. Flybaits – Kenangan Lalu, Alleycats – Hingga Akhir Nanti & Sekuntum Mawar Merah, Sudirman – Milik Siapakah Gadis Ini & Bercanda Di Pasiran Pantai, Rahim Maarof – Istana Menanti, Hattan – Hani 
  2. Ekamatra – Sentuhan Kecundang, Spring – Sampai Hati
  3. Search – Fantasia Bulan Madu & Wings – Sejati 
  4. Wings – Jaket Biru & Search – Pawana 

Kembara:

  1. Ekspress Rakyat, Hati Emas, Gerhana (Medley)
  2. Gurindam Gunung Tahan
  3. Bikin Filem
  4. Bukalah Hatimu
  1. Hijab Kekasih
  2. Mentera Semerah Padi
  3. Sahabat Gua
  4. Apokalips
  5. Ada
  6. Raikan Cinta

Ternyata penonton menghayati setiap lagu yang disampaikan sehingga membuai emosi serta kenangan penonton yang hadir apabila mereka menyanyi bersama lagu yang pernah menjadi peneman zaman muda mereka satu ketika dahulu.

M Nasir menutup persembahan dengan lagu popularnya Mustika yang membuat penonton bangun memberi tepukan menandakan peminat terkesan dengan ‘magis’ dibawa penyanyi kesayangan mereka.

KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT
KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT
KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT KONSERT M.NASIR SATU HIKAYAT

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

HP Lancar Mesin Cetak & Komputer Peribadi Baharu Yang Lebih Berinovasi

Shindong Super Junior Kongsi Gambar Turun Berat Badan 17 Kilogram