in

HP Lancar Mesin Cetak & Komputer Peribadi Baharu Yang Lebih Berinovasi

HP Tafsir Semula Erti Keringanan dalam Era Kerja Baharu dengan Pelancaran Inovasi PC dan Mesin Cetak Baharu di Malaysia. Komputer HP Elite Dragonfly dan mesin cetak HP Neverstop Laser direka cipta untuk meringankan gaya dan beban kerja perniagaan PKS serta mempelopori masa depan kerja mereka.

HP Inc. Malaysia memperkenalkan keunggulan inovasi komputer peribadi (PC) dan mesin cetak yang mentafsir semula erti ‘Keringanan’ dalam era kerja baharu  dengan rangkaian “Lightness in The New Era” direka khas untuk pengguna perniagaannya dan PKS di Malaysia. Menerusi Lightness in the New Era, HP sedia membantu pengguna meringankan beban kerja dengan menampilkan HP Elite Dragonfly, komputer riba convertible (komputer riba boleh ditukar kepada gaya tablet) perniagaan yang paling ringan di dunia, dan HP Neverstop Laser, mesin cetak tangki toner pertama di dunia. Direka cipta untuk tenaga kerja PKS dan perusahaan moden, HP tekad meringankan gaya kerja, beban kerja dan tekanan terhadap bumi menerusi inovasi yang bermakna dan lestari, tanpa menjejaskan kualiti atau prestasi. 

HP Lancar Mesin Cetak Baharu Yang Lebih Berinovasi

Inovasi terbaharu HP untuk tenaga kerja moden masa kini turut menampilkan HP Spectre x360 yang mengagumkan, komputer riba yang berbentuk convertible paling kecil untuk anda mengejar impian anda tanpa sebarang batasan. Melengkapi barisan inovasi yang dipertingkatkan ini ialah HP Smart Tank, mesin cetak tangki dakwat dengan kapasiti dan prestasi terbaik dalam kelasnya. Dibina untuk memenuhi keperluan mencetak di pejabat rumah dan pengguna yang sibuk, HP Smart Tank mencorakkan semula era baharu dalam teknologi tangki dakwat untuk menghasilkan alat-alat menjimatkan masa dan kualiti cetak luar biasa. Disokong oleh HP Smart App, aplikasi yang membolehkan pengguna menikmati kebebasan untuk bekerja dan beriadah sambil mencetak dan mengimbas dengan mudah menerusi telefon pintar dan tablet masing-masing.

“Kami mencipta semula peranti serba baharu untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia untuk mempelopori inovasi yang bersifat serba guna, tahan lama dan terhubung yang tidak menjejaskan gaya kerja dan gaya hidup masing-masing,” kata Fayza Mohamed Amin, Pengarah Urusan Malaysia, HP Inc. “Berasaskan maklum balas daripada pelanggan tempatan, faktor kelestarian dan reka bentuk terperinci, kami terus berusaha menjangkaui sempadan inovasi demi menyokong masa depan Malaysia.”

Menurut IDC, tempat kerja di Asia bakal menyaksikan kerjasama antara lima generasi menjelang 2020, daripada Gen Z kepada Millenial dan Baby Boomer, setiap satu mempunyai gaya kerja dan pilihan berbeza. “Peranti komputer perlu diselaraskan dengan keperluan khusus tenaga kerja Malaysia. Kami berbangga dan bersedia untuk mencabar diri kami untuk membawakan kebebasan kepada pengguna untuk mengejar impian mereka tanpa mengorbankan aspek keselamatan dan kesalinghubungan,” ujar beliau.

HP Lancar Mesin Cetak Baharu Yang Lebih Berinovasi

Meringankan beban kerja anda

HP meringankan beban kerja menerusi inovasi reka bentuk HP Elite Dragonfly. Sesuai untuk profesional perniagaan moden yang memerlukan sebuah komputer ringan, tahan lama, sentiasa terhubung dan terlindung.  HP Elite Dragonfly merupakan komputer convertible perniagaan yang sangat ringan dengan berat kurang daripada 1-kilogram menawarkan hayat bateri 24.5-jam untuk membolehkan pengguna bekerja berjam-jam tanpa memerlukan soket kuasa. Komputer ini menawarkan nisbah skrin kepada kerangka tertinggi di dunia dalam komputer 13 inci, pada kadar hampir 86 peratus dan boleh bertukar serta-merta daripada tablet kepada PC. Pengguna juga boleh menikmati prestasi terbaik untuk perniagaan dengan pemproses Intel® Core™ vPro™ Gen Ke-8.

HP Spectre x360 baharu mempunyai saiz 13% lebih kecil berbanding generasi sebelumnya, dengan nisbah skrin kepada kerangka pendahulu industri pada kadar 90% – dan mampu mempertingkatkan kuasanya menerusi pemproses empat teras Intel® Core™ Gen Ke-10 dengan Grafik Iris® Plus. Mutu ketukangan dan keterperincian menyerlahkan peranti ini, yang disediakan dalam warna Biru Poseidon dengan sentuhan mewah tembaga, selain menampilkan reka bentuk potongan permata yang hanya dapat dihasilkan dengan mesin CNC aluminium.

Meringankan gaya kerja anda

HP membawakan keringanan gaya kerja bagi tenaga kerja moden yang mahukan fleksibiliti, perhubungan dan daya gerak sambil mengimbangi keperluan bagi pengalaman inovatif. Mesin cetak Neverstop Laser membawakan inovasi yang mengukuhkan prestasi perniagaan dengan toner boleh isi semula sendiri yang serba pantas dalam masa 15 saat, lantas menjamin tahap produktiviti lebih tinggi dan kegendalaan perniagaan yang paling minimum. Pengguna kini bebas untuk bekerja dari mana-mana sahaja, termasuk mencetak, mengimbas dan menyalin daripada telefon pintar anda dengan kemudahan HP Smart App dengan Smart Tasks. Dibina khas untuk pejabat rumah masa kini, mesin cetak HP Smart Tank memperlihatkan reka bentuk yang ditafsir semula untuk pengalaman pengguna lebih baik, sambil memberikan kebebasan untuk bekerja dari mana-mana, pada bila-bila masa mengikut kelapangan anda. Ciri-ciri tangki dakwat dan kualiti cetak terbaik dalam kelasnya mencetak sehingga 38 peratus lebih pantas daripada sebelum ini.

HP Lancar Mesin Cetak Baharu Yang Lebih Berinovasi

Meringankan beban menerusi kelestarian alam

Kelestarian terus mendapat perhatian syarikat perniagaan dan pekerja profesional di Malaysia pada hari ini. Sebagai sebahagian daripada strategi impak lestarinya, HP terus mempelopori ekonomi yang lebih cekap, berkitar dan rendah karbon untuk membantu pelanggan merencanakan masa depan menerusi portfolio produk dan perkhidmatan mesra alam. HP Elite Dragonfly ialah komputer convertible perniagaan pertama di dunia yang diperbuat daripada plastik yang telah dilupuskan ke laut, manakala mesin cetak HP Neverstop Laser dilengkapi dengan kit isi semula toner yang diperbuat daripada 75% plastik kitar semula manakala mesin cetak pula dihasilkan daripada 25 peratus plastik kitar semula..


Di samping inovasi bermakna, HP komited untuk membawakan kelestarian dalam tiga bidang; Insan, Planet dan Komuniti. Di Malaysia, HP baru-baru ini melancarkan Projek Generasi Pengekod (#GenC), inisiatif kemahiran digital dan penulisan kod yang berusaha memperkasakan lebih 400 belia Malaysia dari lebih 10 sekolah untuk merapatkan jurang kemahiran digital dan melahirkan bakat yang fasih teknologi demi masa depan negara.

Produk yang merintis cara kerja masa depan

HP Elite Dragonfly disediakan dalam warna Biru Pepatung Pendarrona yang dibina dengan pengukiran jitu daripada Magnesium mesin CNC supaya tahan lama, dan menawarkan papan kekunci HP Quiet Keyboard yang sangat ringan dan pad klik ringan. Direka untuk menyerlahkan keperibadian yang tersendiri, pilihan sambungan 4G LTE kelas gigabit membolehkan pekerja untuk berhubung dan bekerjasama dari mana-mana sahaja di dunia menerusi komputer convertibleperniagaan pertama di dunia yang dilengkapi dengan antena LTW 4×4. HP Elite Dragonfly juga merupakan komputerconvertible pertama di dunia yang memuatkan perisian berunsur kesejahteraan peribadi, HP Workwell. HP Elite Dragonfly juga menawarkan ciri-ciri keselamatan lebih kukuh seperti HP Sure Sense yang sedia untuk menentang angkara perisian jahat (Malware) yang menyerang peranti pengguna yang bertugas di luar pejabat. Berbekalkan kuasa kecerdasan buatan, HP Sure Recover dengan ciri pengimejan semula terbenam memastikan pengguna kembali beroperasi dengan pantas — pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Manakala dengan HP Sure View Gen3, skrin privasi pemenang anugerah bersepadu HP, dan HP Privacy Camera, pengguna boleh mengawal perkongisan dengan khalayak dunia.

Mesin Cetak HP Neverstop Laser ialah tangki toner pertama di dunia yang memaparkan HP Reload Kit yang boleh diisi semula dalam masa 15 saat, dengan mudah tanpa masalah.  Mencetak sehingga 10 kali lebih banyak muka surat, dengan memuatkan sehingga 5,000 muka surat di dalam kotak Mesin Cetak HP Neverstop Laser menawarkan ciri pengimbasan dan pencetakan mudah alih yang menyenangkan menerusi aplikasi cetak mudah alih terbaik dalam kelas, HP Smart App. Smart Tasks ialah satu ciri pada HP Smart App yang membolehkan pengguna mencipta ikon pintas satu sentuhan untuk mencetak, menghantar e-mel dan menyimpan dokumen. Mesin cetak Neverstop Laser juga menawarkan penjimatan kos 80 peratus bagi toner HP.

HP Spectre x360 ialah komputer convertible (komputer riba boleh ditukar kepada gaya tablet) paling kecil di dunia dengan nisbah skrin kepada badan 90% dengan reka bentuk canggih yang nyata terserlah, kesenangan untuk dibawa ke sana sini dan ciri keselamatan untuk ketenangan fikiran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja untuk pengguna kandungan.  Lebih menarik, HP Spectre x360 baharu adalah 13% lebih kecil  berbanding generasi sebelumnya, dengan nisbah skrin kepada kerangka pada kadar 90% yang mendahului industri – dan dalam pada itu mampu mempertingkatkan kuasanya. Mutu ketukangan dan keterperincian jelas dipaparkan pada peranti yang disediakan dalam warna Biru Poseidon dengan sentuhan mewah tembaga. Reka bentuk potongan permatanya hanya boleh dihasilkan menerusi mesin CNC aluminium. Pangkalan USB-C™ yang direka sebegini membolehkan pengurusan kabel yang lebih baik. Reka bentuk inovatif digandingkan dengan prestasi tiada tandingan untuk memberi pengguna kebebasan dan fleksibiliti mencipta apa yang mereka mahu, apabila mereka mahukannya. Prestasi HP Spectre x360 dipacu oleh pemproses empat teras Intel® Core™ Gen Ke-10 dengan Grafik Iris® Plus, komputer riba boleh tukar pertama HP dengan ciri-ciri sedemikian. HP Spectre x360 juga menawarkan hayat bateri paling panjang di dunia bagi komputer boleh tukar 13 inci empat teras dan dengan hayat bateri sehingga 22 jam untuk menyokong gaya hidup pengguna yang sentiasa sibuk. Dengan gandingan reka bentuk inovatif dan keselamatan dan daya pergerakan menarik, Spectre x360 membolehkan pelanggan mengejar impian mereka tanpa  batasan.

HP Smart Tank membolehkan percetakan kelajuan tinggi yang boleh dipercayai, lantas membezakannya daripada mesin cetak lain dalam kelasnya.  Direka cipta untuk pejabat rumah yang sibuk, usahawan boleh menggunakan alat menjimatkan masa HP Smart Tank dengan lebih cekap sambil memanfaatkan kualiti percetakan luar biasanya. Mentafsirkan semula keringanan dari segi gaya kerja dan gaya hidup, HP Smart Tank menyokong pengimbasan dan percetakan mudah alih yang menyenangkan menerusi aplikasi HP Smart App.

Harga dan Bekalan

·         HP Elite Dragonfly boleh didapati sekarang, dengan harga bermula dari RM 6,500.00

·         HP Spectre x360 boleh didapati sekarang, dengan harga bermula dari RM 5,499.00

·         HP Neverstop Laser Printer boleh didapati mulai hujung Disember dengan harga bermula dari RM 1,249.00

·         HP Smart Tank boleh didapati sekarang, dengan harga bermula dari RM 729.00

Untuk maklumat lanjut mengenai HP, layari: https://www8.hp.com/my/en/home.html. Untuk membeli produk di atas, sila kunjungi Gedung Dalam Talian di di https://store.hp.com/my-en/default/ / atau rakan gedung talam talian terpilih termasuk Lazada dan Shopee.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Telenovela 2019

Konsert M. Nasir Satu Hikayat Buat Peminat Naik ‘Syeh’