in ,

Loudness Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Dengan Konsert Jelajah Rise To Glory Malaysia 2019

LOUDNESS bakal menggegarkan Malaysia sekali lagi dengan kehadiran mereka bersempena konsert jelajah LOUDNESS – RISE TO GLORY TOUR: MALAYSIA 2019 pada 10 November 2019 ini.

Konsert jelajah Rise to Glory ini adalah bagi mempromosikan album terbaru mereka yang berjudul “Rise to Glory”. Lagenda gergasi metal Jepun yang mula menempa nama menerusi Jelajah Amerika Utara dan Eropah pada 1983 ini merupakan band Jepun pertama di bawah label antarabangsa, Atlantic Records.

TB19-Loudness-V4

Band yang dianggotai oleh Akira Takasaki (Gitaris), Minoru Niihara (Vokalis), Masayoshi Yamashita (Gitaris Bass) dan Masayuki Suzuki (Pemain Dram) ini telah berulang kali berjaya menembusi carta Billboard Amerika dan turut mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama menggamatkan arena berprestij antarabangsa, Madison Square Garden.

New Group Shot_RTG

LOUDNESS bakal menghidangkan persembahan bertenaga dengan lagu-lagu hit sepanjang zaman dari album-album seperti “Thunder in the East”, “Lightning Strike”, “Hurricane Eyes” dan “Spiritual Canoe” buat peminat-peminat tanahair pada 10 November 2019, jam 7 malam di The Bee, Publika Kuala Lumpur.

LOUDNESS RISE TO GLORY TOUR : MALAYSIA 2019 ini dibawakan oleh Live Nation selaku Ejen Rasmi Konsert, The Bee selaku Penganjur Lokasi, Lampuneon selaku Promoter Konsert dan Galactix selaku Penjual Tiket Rasmi. 

Tiket-tiket yang akan dijual mengikut kategori iaitu Early Bird (RM178), Advance (RM208) dan VIP (RM288) boleh didapati di www.galactix.asia/loudnessKL bermula dari 3 Oktober 2019.

Album Cover_High_lore

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem CHARLIE’S ANGELS

Anak Fauziah Nawi, Pengarah Pitt Haniff Hilang Dikhuatiri Lemas