in ,

Anak Fauziah Nawi, Pengarah Pitt Haniff Hilang Dikhuatiri Lemas

ANAK kepada pelakon, Fauziah Nawi iaitu pengarah filem Pitt Haniff hilang dan dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Mela, Jerantut, Pahang pada Sabtu.

Pengarah yang juga anak kepada pelakon tersohor, Fauziah Nawi, Pitt Haniff didapati hilang ketika memancing dan dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu. Memetik laporan Astro Awani, usaha pencarian sedang giat dilakukan oleh pasukan keselamatan ketika ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Isteri Pitt, Farah Ahmad telah berkongsi sebuah video mengesahkan kejadian dan memohon seluruh kenalannya mendoakan kesejahteraan suaminya yang sehingga kini masih belum dapat dikesan.

fauziah nawi

Isterinya yang juga pelakon Farah Ahmad mengesahkan mengenai kemalangan itu dan memberitahu pencarian sedang dilakukan oleh pihak berkuasa di lokasi kejadian.

“Saya isteri kepada Pitt Hanif nak beritahu berita yang anda dengar itu benar. Saya dalam perjalanan ke Sungai Mela, Jerantut, Pahang.

“Kejadian berlaku tengahari tadi, itu gambar bot sebelum terbelah dua yang dikongsi dalam group Whatsapp memancing sebelum kejadian.

“Dia memancing bersama kawan, dia dapat ikan dan selepas itu…”

– laman Instagram.

Dalam pada itu, Farah turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan suaminya itu.

“Saya tahu awak kuat, awak tunggu saya. Insya-Allah, Allah akan bantu selamatkan Pitt. Allah dengar, alam juga dengar. Doakan semuanya selamat.

“Perlu doa semua dan semoga yang baik-baik,”

– Farah

Berita mengejutkan mengenai Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif turut dikongsi oleh beberapa rakan-rakan artis di media sosial.

Dilaporkan kini usaha pencarian sedang giat dilakukan oleh pasukan keselamatan.

“Saya terima sahaja qada dan qadar Tuhan. Moga segala urusan untuk mencarinya dipermudahkan”.

– Fauziah Nawi

Demikian luahan pelakon terkenal, Fauziah Nawi, berhubung kehilangan anaknya, Pitt Hanif, yang dikhuatiri lemas apabila bot dinaikinya bersama seorang teman di Sungai Mela, Jerantut, Pahang, karam, hari ini.

Ketika kejadian, Pitt atau Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 40, dikatakan pergi memancing bersama seorang teman.

Mengakui terkejut dengan berita diterimanya sekitar jam 2 petang itu, beliau memberitahu hanya menantunya yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat perkhabaran buruk itu.

“Saya tak dapat pergi bersama kerana terpaksa menunggu di rumah. Selain itu, keadaan kesihatan saya juga kurang mengizinkan.

“Harapan saya semoga semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,”

– Fauziah Nawi

Sementara itu Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, mangsa dipercayai dibawa arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam radius tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang iaitu berdekatan Jambatan Gemenchur, Mela.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dibawa arus deras apabila bot yang dinaikinya bersama rakan terbalik namun rakannya itu berjaya diselamatkan,”

– Deputi Superintendan Azly Mohd Noor

Usaha mStar untuk menghubungi Fauziah Nawi tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab.

Sumber: mStar & Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Loudness Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Dengan Konsert Jelajah Rise To Glory Malaysia 2019

The AMERICAN MUSIC AWARDS® Announces 2019 Nominees