in , ,

Konsert Jelajah Alif Satar di United Kingdom Dapat Sambutan

Dalam diam, Alif bikin konsert di luar negara. Khabarnya tiket yang dijual sedang laris dan hampir kehabisan. Wow! Hebat penangan Alif di luar negara ya!

Pengacara dan penyanyi Alif Satar akan mengadakan konsert jelajah di United Kingdom pada minggu depan. Alif bakal berangkat ke UK pada 13 hingga 19 Februari 2019. Tahniah buat Alif Satar.

Alif akan mempersembahkan lagu lama nyanyiannya buat pelajar Malaysia yang menuntut di Bristol dan Sheffield.

Alif Satar baru sahaja selesai mengacarakan Anugerah Juara Lagu 33 bersama pasangan hosnya iaitu Sherry Alhadad. Sebuah video yang telah diedit oleh Budiey sekarang ini trending di Youtube Malaysia. Tonton momen lawak dan terbaik dari kedua hos ini. Memang bestlah. Alif melayan dan Sherry pulak duk buat lawak. Memang ngam!

“Kita tidak tahu apa yang mereka lalui dan hadapi sepanjang merantau di negara orang. Jadi, persembahan saya nanti disifatkan sebagai antara penghargaan untuk mengubati kerinduan mereka terhadap tanah air.

“Saya sendiri tidak menyangka, lagu yang pernah dipopularkan oleh saya kembali diputarkan di corong radio. Terharu rasanya apabila peminat kembali mengimbas memori menyanyikan lagu seperti Akhiri Penantianku, Lelaki Seperti Aku dan banyak lagi.

“Lebih menarik, saya bukan sekadar mengadakan persembahan secara solo, sebaliknya ditemani oleh band iringan. Kami turut aktif memuat naik video di YouTube setelah mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat,”

– Alif Satar

Mendapat sambutan baik, katanya lagi tiket konsert itu telah habis terjual.

Alif turut merakamkan ucapan gembira apabila tiket untuk menyaksikan persembahannya di UK telah habis terjual.

Sebelum ini, penyanyi seperti Yuna, Noh Hujan, Faizal Tahir dan Aizat pernah mengadakan persembahan seumpamanya di luar negara.

Alif Satar

“Sudah lama sebenarnya saya menerima undangan untuk membuat persembahan di sana, tetapi asyik terikat dengan jadual kerja yang padat. Saya tidak sabar untuk menghiburkan mereka, apatah lagi selepas mendengar pengalaman beberapa artis lain yang pernah menjayakan persembahan sama, sebelum ini.

“Ia tentunya pengalaman menarik buat saya dan band yang bakal mengiringi persembahan nanti. Memandangkan saya suka melancong, sambil bekerja, dapat juga saya berjalan-jalan pada masa yang sama,”

– Alif Satar

Alif akan mendendangkan lebih 10 lagu dan turut menyelitkan beberapa dendangan yang dipopularkan oleh penyanyi lain.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lana Nodin

Pembedahan Jantung Anak Kedua Pelakon Lana Nodin Hari Ini

“Kawan Kucari… Mana Nak Sama Emma Seorang,” – Alvin Chong