in , ,

Konsert LOCHESTRA: Alif Satar & The Locos di Dewan Filharmonik PETRONAS

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di Menara Berkembar PETRONAS, KLCC, bakal meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya tahun ini menerusi sebuah konsert istimewa ‘Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO’ pada Sabtu, 26 Ogos 2023 jam 8.30 malam.

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di Menara Berkembar PETRONAS, KLCC, bakal meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya tahun ini menerusi sebuah konsert istimewa ‘Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO’ pada Sabtu, 26 Ogos 2023 jam 8.30 malam.

Konsert ini merupakan langkah berterusan DFP menghargai bakat-bakat seni dan memberikan mereka platform sejajar dengan matlamat DFP untuk menghidangkan muzik pelbagai genre untuk menarik semua lapisan masyarakat. DFP, yang boleh memuatkan 920 penonton pada satu masa, terkenal sebagai dewan konsert yang mempunyai tahap akustika yang tinggi. 

Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos Dewan Filharmonik PETRONAS

Seorang penyanyi/pelakon/hos berkebolehan, Alif Satar telah melakukan penjenamaan semula sebagai penyanyi utama kumpulan ‘old school’ yang dinamakan Alif Satar & The Locos yang dianggotai Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram) dan Faliq Auri (saxophone). Ditubuhkan pada tahun 2018, kumpulan ini telah membuat pelbagai persembahan di dalam dan luar negara termasuk Singapura dan UK.

Kumpulan ini telah merakamkan single I Want You To Love Me dan rakaman semula lagu hit kumpulan Raihan. Ia juga telah merakamkan single bersama penyanyi indie Diandra Arjunaidi bertajuk Lelaki X Sempurna sementara single terbaru mereka, Isteri, telah dijadikan runut bunyi untuk drama Risik Pada Hati. Kumpulan ini juga telah memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 37 melalui lagu Anugerah Terindah

Lebih menarik lagi, konsert ini akan menyaksikan kolaborasi kumpulan ini bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO). Bakal dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose, kumpulan ini dan MPO akan mempersembahkan lagu-lagu hits dalam interpretasi simfoni, antaranya, Hey!, Cukup Indah, Toxic, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Sesungguhnya Aku dan Akhiri Penantianku.  

Konsert ini mengukuhkan versatiliti MPO yang melangkau genre muzik, dari naskah agung klasikal ke muzik filem, tradisional, pop dan jazz. Alif Satar & The Locos akan memasuki senarai kolaborasi terunggul MPO bersama artis-artis tempatan seperti Tan Sri SM Salim, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella dan Dayang Nurfaizah.  

Saksikan ekstravaganza muzik di DFP sempena keraian 25 tahun penubuhannya! 

Nota: DFP seterusnya bakal mempersembahkan konsert MPO Jazz Band & Friends (9 September 2023), Khai Bahar (11 November 2023) dan Meet Uncle Hussain (2 Disember 2023). 

Maklumat Konsert 

Tarikh

Sabtu, 26 Ogos 2023 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS

Artis/Orkestra/Konduktor

Alif Satar & The Locos

Orkestra Filharmonik Malaysia

Ahmad Muriz Che Rose konduktor

Harga Tiket 

RM155, RM255, RM355 dan RM455 

Meet & Greet: tambahan RM200 untuk semua kategori

Suite: RM555/RM655

Waktu Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007

Tempahan Email: [email protected]
Laman Web DFP: www.dfp.com.my

Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas
YouTube
: MPO TV, Spotify: MPO, TikTok: @malaysianphilharmonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KFC Anjur Festival Muzik KEPCI 2023 Sempena Ulangtahun Ke-50 

Tea Amo Terus Berkembang, Mahu Buka 1000 Cawangan Wagon di Seluruh Negara