in , ,

Shiraz Projects Persembahkan Konsert Comeback Innuendo The Return di Istana Budaya

Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangga mempersembahkan kumpulan R&B terkemuka Malaysia, INNUENDO, kembali ke industri muzik dengan konsert ‘comeback’ mereka pada hari Jumaat, 8.30 malam, 10 April 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selepas berehat atau hiatus panjang dari industri muzik, INNUENDO kembali dengan konsert untuk meraikan kemunculan semula mereka, INNUENDO – THE RETURN. Konsert dengan durasi dua jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat setia atau “die hard fan” mereka kerana INNUENDO akan melagukan repertoire dari album mereka di antaranya ‘Selamanya’, ‘Gemawan’ ‘Ratu Hati’, ‘Belaian Jiwa’ dan banyak lagi.

nnuendo The Return di Istana Budaya

Konsert yang memang dinanti-nantikan ini bakal menjadi sebuah malam yang diingati tambahan pula dengan kemunculan legenda Michael Veerapan sebagai pengarah muzik beserta 12 pemuzik yang akan mengiringi konsert ini. Ia bakal menjadi sebuah malam yang diingati oleh semua mata yang menonton dan merasa.

Tiket-tiket berharga RM695 (Meet and Greet), RM355 (Diamond), RM255 (platinum), RM125 (Gold). Tiket konsert ini mulai dijual pada 17 Februari 2020, jam 2 petang di www.myticket.asia.

INNUENDO – THE RETURN dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan konsert satu malam sahaja di Istana Budaya.

nnuendo The Return di Istana Budaya

INNUENDO – THE RETURN

Tarikh: 10 April 2020

Masa:  8.30pm

Venue: Istana Budaya, Kuala Lumpur

Laman Web: www.shirazprojects.com

Harga tiket: RM695 (Meet & Greet)

RM355 (Diamond)

RM255 (Platinum)

RM125 (Gold)

Tiket:  www.myticket.asia

No Telefon: 03 8605 0195

Info Hotline: 012 256 0082

Facebook:   shirazprojects

Instagram:  shirazprojects

Hashtag:     #InnuendoTheReturn

nnuendo The Return di Istana Budaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato M. Nasir, Kmy Kmo & Luka Sickta Meriahkan Konsert Orang Kita Orkestra RTM

Celcom, Digi, Maxis Meterai MoU Persediaan ke Arah 5G