in ,

Dato M. Nasir, Kmy Kmo & Luka Sickta Meriahkan Konsert Orang Kita Orkestra RTM

Konsert kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) yang diberi nama ‘Konsert Orang Kita Orkestra RTM’ berlangsung 29 Februari ini dari Dataran Tras, Bentong, Pahang.

Kemunculan Dato’ M. Nasir bersama-sama gandingan Kmy Kmo dan Luka Sickta bergabung di pentas sama mendendangkan lagu ‘Zuhud’ pastinya dinantikan semua dalam sebuah konsert kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) yang diberi nama ‘Konsert Orang Kita Orkestra RTM’ berlangsung 29 Februari ini dari Dataran Tras, Bentong, Pahang. 

Konsert Orang Kita @Orkestra RTM, #konsertorangkita adalah cetusan idea dari Unit Hiburan TV RTM bagi meraikan keberadaan orang asal (Orang Asli) di Malaysia. Malalui konsert ini, RTM mengambil inisiatif dalam memberikan lebih pendedahan dan pengetahuan kepada umum tentang dunia orang asal ini melalui hiburan.  

POSTER KONSERT ORANG KITA

Menjadi tanggungjawab RTM untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pengetahuan tentang warisan dan budaya Orang Asli di Malaysia agar ianya sentiasa dipelihara.  

Oleh itu, RTM sentiasa melangkah ke hadapan dalam industri hiburan dan Orkestra RTM bagi menghasilkan persembahan yang jitu agar memberi impak yang positif melalui susunan lagu-lagu orang asal yang bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi turut menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan.   

Lagu-lagu melayu moden dan persembahan kebudayaan dari suku kaum Orang Asli turut diketengahkan dalam konsert ini yang bersiaran secara langsung pukul 9.00 malam di TV2.  

Konsert akan dipersembahkan mengikut pecahan segmen iaitu Segmen Etnik Kretif, Segmen World Music, Segmen Pop/Ballad/Popular dan Segmen Warisan Budaya. 

Persembahan akan turut menampilkan artis seperti Asmidar, Kugiran MASDO, Hazama, Amelina, Agek Seniroi, Itam Jelmol, Rio Siwas, Farja Band, Main Jo’oh Tompoq Topoh dan Kumpulan Bah Bola.  

Pentas menampilkan pengacara Shiha Zikir yang akan bergandingan dengan Sonic Hussien (NASIONALfm) dan DJ Katie (ASYIKfm).     

Penonton juga boleh menyaksikan konsert ini secara langsung melalui aplikasi RTM Mobile dan MyKlik. Muat turun aplikasi RTM Mobile di Google Play Store (Android) dan App Store (IOS). Ikuti laman sosial Facebook : RTM – Radio Televisyen Malaysia dan #konsertorangkita.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s Mencari Guru Paling Berinspirasi di Malaysia

Shiraz Projects Persembahkan Konsert Comeback Innuendo The Return di Istana Budaya