in ,

Konsert Hitz.fm Birthday Invasion Dapat Sambutan

Sekali lagi pada tahun ini, radio hitz.fm meraikan ulangtahun mereka ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’ bersama pelancaran Ford Fiesta pada Sabtu lalu , 28 September bertempat di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya. Acara yang telah pun berlangsung pada malam tersebut di buka secara percuma kepada semua warga Malaysia juga terutamanya pendengar setia hitz.fm! Kemeriahan sambutan ulangtahun hitz.fm pada hari Sabtu lalu , di anggap sebagai sebuah konsert yang luar biasa kerana penglibatan artis artis popular tanahair mahupun antarabangsa yang telah terlibat dalam menjayakan konsert pda malam itu meletakkan kedudukan radio ini berada di tarafnya tersendiri.

header

Konsert Hitz.fm Birthday Invasion Dapat Sambutan Luar Biasa

[dropcap]A[/dropcap]cara yang bermula seawal jam 6 petang itu di iringi dengan pelbagai rentak lagu yang menarik khas untuk menghiburkan penonton yang berada di sana sementara menunggu persembahan sebanar artis – artis yang terlibat. Barisan artis popular yang turut memeriahkan malam tersebut adalah , bintang sensasi antarabangsa di YouTube, Chester See dan artis-artis tempatan yang terkemuka tanahair seperti Estranged, Mizz Nina, K-Town-Clan, James Baum, Pop Shuvit & Projek EAR, Joe Flizzow dan ramai lagi.

Pesta malam itu turut di meriahkan oleh penyampai hitz.fm seperti Ean, Jinny Boy, Natalie , Arnold , RD, Ryan dan Denise yang telah pun mencuit hati penonton dengan telatah lucu dan lawak jenaka mereka. Dengan kerjasama Ford, para pendengar juga telah pun berkongsi pengalaman indah mereka ketika berada pada malam itu dengan menggunakan hashtag #hitzinvasion # fordfiesta pada Instagram dan sebagainya.

Menurut Brian selaku Pengurus Rangkaian Saluran hitz.fm:

“Pada malam ini kita bukan sahaja menyajikan barisan artis – artis yang membuat persembahan yang mantap seperti Mizz Nina, Joe Flizzow, Project EAR, James Baum, Estraged dan ramai lagi. Malah kami juga ingin merapatkan lagi hubungan pendengar setia kami bersama penyampai – penyampai radio hitz.fm. Nampaknya, ternyatalah bahawa acara pada malam ini juga dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tambahnya lagi, “Pada tahun ini, kita juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Ford yang juga menjadi penaja utama ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’. Melalui kolaborasi yang bersinergi ini, saya yakin kedua-dua jenama ini akan terus berkumandang di kalangan penonton yang selari sasarannya, serta mewujudkan lebih banyak kemeriahan dan semestinya mewarna- warnikan lagi ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’.”

Persembahan pada malam itu di mulakan dengan kumpulan The Biggest Lies dan di sertai nyanyian mantap dari kumpulan Estranged sebanyak 3 buah lagu. Selepas itu, suasana meriah konsert di teruskan dengan persembahan seorang artis penuh berbakat, James Baum.

Orang ramai di hiburkan pula dengan penampilan khas 3 watak Minons yang melakukan pelbagai aksi lucu di atas pentas.Seterusnya, persembahan di teruskan lagi dengan nyanyian They Will Kill Us Al dan selepas itu, Joe Flizzow menyanyikan 3 buah lagu termasuklah lagu barunya. Paling menarik, Noh memberikan sepenuh tenaga semasa persembahannya bersama kumpulan Da Vagabonds dan di ikuti persembahan dari kumpulan K Town Clan. Sepanjang malam konsert tersebut, penonton tidak henti – henti memberikan sorakan gemuruh tanda sokongan mereka kepada artis- artis yang terlibat.

Turut menjadi tumpuan penonton, apabila Mizz Nina membuat pengawalan pentas dengan tarian yang sangat mantap. Selepas persembahan dari Mizz Nina, Chester See, penyanyi, penulis yang bergelar artis Youtube, Chester See, antara satu – satunya artis artis antarabangsa yang turut dibawakan khas dari untuk memeriahkan lagi ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE telah pun menyanyikan sebanyak 4 buah lagu pada malam tersebut dengan mempersembahkan lagu-lagu asalnya yang berunsurkan kisah cinta , peminatnya langsung tidak ketinggalan meyaksikan persembahan artis kesayangan mereka dengan penuh bersemangat seperti Nice Guy, Who Am I To Stand In Your Way, Where Are You Now dan God Damn Your Beautiful. Ternyata, populariti Chester See di Malaysia ini membuatkan dia di gilai oleh peminat dikalangan remaja mahupun pelajar-pelajar. Penonton yang bersorak apabila Chester See berada di atas pentas membuatkan suasana pada malam itu menjadi luar biasa.

Sebagai penutup persembahan, orang ramai dihiburkan oleh nyanyian bertenaga dari Project EAR & Pop Shuvit, Jakeman & Skeletor.

Crowd 2

hitz.fm Announcers

Estranged1

hitz.fm Announcers - Arnold (Left) Ean (Right)

James Baum 1

Minions on Stage

Crowd 4

Crowd 6

Joe Flizzow 1

Jow Flizzow 2

Da Vagabonds 1

Da Vagabonds

K Town Clan

Mizz Nina 1

Mizz NIna 2

Mizz Nina 3

Crowd 5

Chester See 2

hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert

Chester 4

Chester See 1

Pop Shuvit & Project EAR

Moots Pop Shuvit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Suntik Steroid Untuk Ke Cape Town

Best In The World di 8TV